Yasmeen Homestay Kemaman

Yasmeen Homestay Kemaman Yasmeen Homestay Kemaman Yasmeen Homestay Kemaman menyediakan dua buah rumah penginapan di Bandar Kemaman dengan harga yang berpatutan.

22/04/2023

Masak cuka ikan tenggiri
=====================

resepi.

Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap..

Nak buat ke..senang ja.

2-3 ketul isi ikan ketul (sedap klau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau)
5 ulas bawang putih
6 biji Cili padi
1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca Cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumih.

Nak buat mcmana..

Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.jangan garing sangat tau.
Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
Masuk bawang kechik & putih
Masuk 1/2 cawan air.
masuk cuka
Garam
Gula
Cili padi
Biaq sekejap n angkat..dah boleh dihidang.

Kredit: resepi ala kampung

19/04/2023

RESEPI RENDANG UDANG.

Bahan-bahan:
* 2 sudu jintan putih
* 15 tangkai cili kering – dikisar
* 10/15 biji cili padi – dikisar
* 2 inci lengkuas – dikisar
* 2 inci kunyit hidup – dikisar
* 5 batang serai – dikisar
* 1 labu bawang putih – dikisar
* 7 labu bawang merah – dikisar
* Kerisik
* Gula melaka
* 1 kotak Santan Kara
* Asam
* Garam
* Daun kunyit secukupnya
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis jintan putih dan kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sampai garing.
2. Masukkan guka Melaka dan masukkan Udang
3. Kacau sebati dan masukkan kerisik
4. Masukkan santan kotak, asam, dan garam.
5. Last sekali masukkan daun kunyit. Siap untuk dihidangkan..

Kredit: Azleen Azlinda

04/11/2022
29/10/2022

Mayonis,sos lada hitam,sos chili smuanya sy buat sendiri..jimat!!..lgi2 klu buat tuk berniaga ni smua nk save...buat sndiri terjamin kebersihannya kn!..dpt pujiannn..sdp dan kekal kn rasanya!!..aminnn...x perlu beli lgi😂😂
Klu nk kuantiti yg bnyk gndakan je ye resepinye ni ye kwn2..☺️

Kuantiti resepi yg sy share ni x bnyk..mayonis dan sos chili ,boleh thn dlm sbulan klu simpn dlm freezer....black papper sy x pasti..sy berniaga jdi x sempat simpan lama..dh hbis!..sy buat lgi..seminggu 2 kli buat kuantiti seperti dlm pic tu...cube sikit dulu..klu ok baru buat bnyk ye kwn2..tq..☺️☺️☺️

Resepi Mayonis
telur 4 biji( yg belum dimasak😄..amik putih dan kuning tlur skli ye )
Gula 4 sudu besar
Garam satu sudu besar
Lemon separuh biji..(air perahan lemon..klu x de..boleh gntikn dgn sesudu besar cuka mkn)
Minyak msk 2 cawan..

Cara2
Masukkn smuanya kecuali minyak dn blend..blend sebati baru masukkn minyak dan blend hingga putih likat..kemudian
Masakkn dgn api yg paling kecik kacau hingga pekat..jgn smpai mndidih pulk ye..ikut pekat yg kite mahu je..dh sejuk blend kn utk dptkn tekstur yg halus..siap!!

Resepi sos black papper
2 sudu lada hitam direndam slme 4 jam(klu nk rase lebih pedas boleh lebihkn ye) diblend dgn air rendaman tu skli..
Tepung gndum 3 sudu besar
1 biji Bwg holland dicincang
Kiub ayam seketul
Air secwn(lebihkn pun boleh)
3 sudu besar butter
Sos lada hitam 2 sudu besar(x de pun x pe)
Sos tiram 2 sudu besar( klu x nak isi pun x pe)
Kicap 2 sudu utk wrne(x isi pun x pe)

Cara2
Cairkn butter
Masukkn bwg dan lada hitam sehingga naik bau..dan masukkn tepung kacau2 hingga sebati..masukkn air dan kiub ayam..kmudian kicp utk wrne yg kite mahu..masok gula jika mahu..grm dn serbuk perasa..msk hingga kepekatan yg kite mahu..siap!

Sos chili thai
Lada besar 10biji..buang biji
Lada kecil merah 5 biji(klu nk pds boleh lebihkn)
Bwg putih 3 @ 5 ulas
Gula secwn(boleh lebih dan kurgkn jika mahu)
Tepung jagung 3 sudu atau lebih ..utk memekatkn(bncuh bersama sdikit air)

29/10/2022

Tips berguna bila eksiden. Sila ambil tahu. Kalau x nak tertipu

Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?

Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu la ini la.

Jadi apa tindakan anda?

Pertama jangan tandatangan dokumen tu.

Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 je.
Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan la).

Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat repair. Haaa yang kena ada pengalaman kalau tak ada pun tak apa just call insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.

Lepas tu, hehehe ni bahagian yang best. Tibalah giliran anda p**a untuk claim 10 peratus dari tokey bengkel.

Caranya esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000 so anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.
Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta.

Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.
Dan juga hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Heheheh. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je.

Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000.

Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Hahahah memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku.
Dan juga call insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.
Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku. Hahahah.

TAHUKAH ANDA?

Korang tau tak kalau korang kemalangan, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari.

Katalah kereta korang duk dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari.

Jadi, korang akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.

Credit : Anymous Malaysia

22/10/2022
12/10/2022
03/10/2022

Resepi Apam Pisang Gebu BamBam
Guna blender je.

Bahan2-
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat

Cara-cara-
1. (Adunan basah): Blend telur dan gula sampai kembang (1minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30min. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan. Apabila dah 30minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Selamat mencuba.

Kredit: AtiQah AZiz

03/10/2022

RESEPI KEK PISANG COKLAT MOIST KUKUS😍*

*BAHAN A*
3 biji telur
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar ovelatte
1 cawan minyak jagung@mentega dicairkan
1/2 cawan susu pekat
2 sudu susu cair
1 cawan pisang dilenyek
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla

*BAHAN B*
2 cawan tepung gandum – diayak
1/2 sudu besar soda bicarbonat – diayak
1/2 sudu besar baking powder – diayak
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil perasa coklat emulco

*CARA MEMASAK*
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
Tambahkan susu pekat, minyak, susu cair dan garam. Adun lagi selama 4-5 minit hingga kembang dan barulah dimasukkan pisang.
Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian..1 dibiarkan pada warna asal satu lagidimasukkan serbuk koko. Gaul rata.
Oleskan minyak pada acuan dan masukkan adunan kek tadi.
Kukus selama 30 minit.
resepi asal kukus yer
Sedia untuk dinikmati.👌🏼

16/06/2021

🌸🌸FaceMask jovian diamond🌸🌸 _ FaceMask muslimah tali belakang _ Kain Sejuk & Selesa dipakai _ Double Layer(mudah bernafas) _ Material tidak tebal, tidak nipis _ Bertali _ Boleh dicuci & guna semula Inspired From Vietnam - Buy 💥 Readystock Face Mask Jovian Diamond Inspired By JM💥

Address

Jalan Pengkalan Pandan Lama
Chukai
24000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yasmeen Homestay Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Yasmeen Homestay Kemaman:

Share

Our story

YASMEEN HOMESTAY KEMAMAN menyediakan DUA BUAH rumah penginapan (RUMAH SEMI D) yang lengkap dan selesa UNTUK MUSLIM SAHAJA. Berada dalam taman perumahan yang sangat aman dan selamat. Lokasi yang sangat strategik terletak di tengah-tengah bandar Chukai Kemaman. Sangat sesuai sebagai penginapan untuk individu atau berkump**an yang mempunyai pelbagai urusan seperti out-stesen, urusan kerja, percutian, kenduri, majlis konvokesyen dan sebagainya.

LOKASI KAMI No. 15564 dan 15552 , Jln Pengkalan Pandan Lama, Taman Pandan Sejahtera, Kg Pengkalan Pandan, 24000 Kemaman

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI Yasmeen (013-251 6099)