26/05/2025
Salam semua🤩
Ada beberapa perbezaan antara HOMESTAY DAN HOTEL yang korang kene tau..
1. DEKORASI
Biasanya dekorasi homestay mengikut taste owner homestay sendiri. Kadang kala anda akan rasa seperti dalam rumah sendiri. N homestay yang ada dekorasi dengan tema tersendiri ni biasanya mahal la sikit.. Ada orang x kesah mahal asalkan sejuk mata memandang. Ada orang p**a, tak penting dekorasi tu asalkan murah.. Beza dengan hotel, biasanya hotel ni perabutnya fix n tak de la peralatan2 macam kat rumah.. So, ikut selera masing2 lah ye😁
2. PERATURAN
Homestay biasanya akan provide beberapa info sebelum check in dan check out. Ada la beberapa rules, do not don’t sepanjang berada di homestay. Tak macam hotel. Segala info korang boleh google je. N, kalau korang nak check out korg boleh check out terus tanpa berfikir nak kemas semula bilik hotel. Berbeza dengan homestay, biasanya owner minta kita letak semula barang2 /towel yang telah dipakai di tempat khas, perlu keluarkan sampah dan snap gambar. Terp**ang la kan, korang boleh ikut keselesaan korang😉
3. SERVIS
Hotel ni 24 jam korg bole call jika ada masalah. Homestay ni ada kalanya kalau owner tak persan call in, mmg lambat la korg nak bgtau masalah di homestay. Tapi kelebihannya, korg boleh direct deal dengan owner.. kotla korg nak masuk awal ke, keluar lewat ke.. haa..best kan.. lagi best jika dapat owner homestay yg peramah, mmg korg akan dilayan macam raja la.. tak dapat la kat hotel layanan camtu☺️
4. HARGA
N last yang sy boleh coretkan di sini ialah harga. Ofkos la homestay lebih murah berbanding hotel. Hotel 1 bilik dah sama harga dengan homestay 4 bilik.. Berbaloi la kan😍
Sooo…
Korang pilih la ikut selera korang.
Cuma pesanan saya, jika korang expect nak masuk homestay macam korg nak masuk hotel mmg tak boleh la. Sebab mmg akan beza. So, sebaiknya check details yang owner berikan sebelum buat pilihan. Kalau rasa sesuai baru deal. Kalau dari awal dah rasa tak sesuai jangan mintak macam2 kat owner supaya penuhi keperluan kita di homestay tu.
Kesian juga kat pemilik2 homestay ni.. ada org nak bayar murah tapi demand servis macam kat hotel. So, sebaiknya jika kita ni selera hotel 5 bintang lebih baik cari hotel 5 bintang siap2 ya😄hehe.. Gurau je..
Sekian coretan dan sikit perkongsian dari saya..
Yang berhajat nak stay di area putrajaya cyberjaya cuti sekolah ni jom book di Homestay Cyberjaya by Ayien Nur🥰
Thanks sudi baca🤩