Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air, 1 ruang tamu, dapur dan pantry. Mempunyai kemudahan asas lengkap dan berperabut. Berada hanya 500 meter dari Multimedia University
Terletak di tingkat 21 dan mempunyai pemandangan yang mendamaikan. Udaranya pasti segar jika anda membuka tingkap dari kamar tidur nanti. Dengan kedudukkannya yang strategik di tengah-tengah Cyberjaya, ia pasti memudahkan urusa
n. Berhampiran dengan MMU, Sekolah rendah dan menengah Cyberjaya serta Dpulze, sebuah pusat membeli belah yang terbesar di Cyberjaya. Di sini adalah syurga makanan bagi mereka yang meminati makanan arab. Pelbagai masakan tradisional arab Syria, Tunisia, Mesir dan lain-lain. Terdapat juga restoran melayu, Thailand dan masakan mamak dengan waktu operasi 24 jam. Terdapat kedai runcit, kedai dobi, cafe, pusat gymnasium dan kolam renang di bawah bangunan The Arc ini. Dengan hanya RM290.00 satu malam..pasti berbaloi untuk anda bercuti dan bersantai disini seisi keluarga. Dari masa ke semasa, kami akan memberikan harga promosi dan terus meningkatkan kualiti Hayat Homestay. Pastikan anda LIKE page kami ye!