PEKA2 UMPSA

PEKA2 UMPSA LAMAN RASMI PERWAKILAN MAHASISWA RESIDEN PELAJAR 2

[SALAM ISRAK DAN MIKRAJ 1446H] Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 2 (PEKA2), bar...
27/01/2025

[SALAM ISRAK DAN MIKRAJ 1446H]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 2 (PEKA2), barisan kefeloan Residen Pelajar 2 (RP2) serta pihak pengurusan RP2 ingin mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam.

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah peristiwa yang sangat bermakna bagi umat Islam. Ia merupakan sebuah hadiah daripada Allah SWT kepada Baginda Nabi Muhammad SAW setelah kesedihan yang menimpa baginda.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’, Ayat 1:

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Semoga dengan memperingati peristiwa Israk Mikraj ini dapat meningkatkan keiman

*[PENCARIAN SEKRETARIAT PERWAKILAN MAHASISWA RESIDEN PELAJAR 2 2024/2025]*Anda minat membantu melakukan tugas-tugas meli...
22/11/2024

*[PENCARIAN SEKRETARIAT PERWAKILAN MAHASISWA RESIDEN PELAJAR 2 2024/2025]*

Anda minat membantu melakukan tugas-tugas melibatkan bidang pengurusan pelajar ?

Di sini adalah tempatnya ❗

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 2 (PEKA2) sedang mencari pelajar yang berminat untuk menjadi sekretariat PEKA2 sesi 2024/2025 ✨⭐

🗓Tarikh permohonan :- 22/11/2024 - 05/12/2024

🗓️Tarikh Temuduga : 06/12/2024

⏰Masa Temuduga : TBA

Pautan borang permohonan 👇🏻:
https://forms.gle/LJkzzEbuAMiL2Dyx9

Tunggu apa lagi?
Jom sertai kami dalam organisasi pelajar, tempat di mana anda boleh menimba pengalaman berharga, membina jaringan persahabatan baru, dan membentuk masa depan yang lebih cerah terutama dalam bidang kepimpinan.
Bersama-sama, kita akan merancang aktiviti yang menyeronokkan dan mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan.
Sertai kami sekarang dan jadikan suara anda didengari!

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi 📞👇🏻 :

https://wa.me/60199650041 - Ashraf
https://wa.me/60147454969 - Aisyah
https://wa.me/601155047576 - Faris
https://wa.me/60176866070 - Aiman

Sekian, terima kasih.




[SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI]Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Barisan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 2 ...
30/10/2024

[SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Barisan Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 2 (PEKA2) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah terutamanya kepada yang beragama Hindu.

Semoga Deepavali kali ini memberikan keberkatan dan sinar kebahagiaan kepada anda dan orang tersayang.

Sekian, terima kasih.




[KONVOKESYEN KE-19: TAHNIAH BUAT BARISAN ALUMNI PEKA2 Sesi 2022/2023]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sekalung ucapan...
30/10/2024

[KONVOKESYEN KE-19: TAHNIAH BUAT BARISAN ALUMNI PEKA2 Sesi 2022/2023]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada alumni-alumni Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 2 (PEKA2) Sesi 2022/2023 yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pada Konvokesyen Ke-19 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah bertarikh 26 sehingga 29 Oktober 2024.

Sekalung ucapan tahniah juga diucapkan kepada Mantan Bendahari Kehormat PEKA2 Sesi 2022/2023 iaitu Saudara Kang Q Huat di atas kejayaan beliau yang telah menerima Hadiah Kecemerlangan Akademik Presiden Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bilakan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Sekian, terima kasih.




# UMPSAMalaysia

Address

RESIDEN PELAJAR 2, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH, LEBUHRAYA TUN RAZAK GAMBANG, KUANTAN
Gambang
26300

Telephone

+6094245000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEKA2 UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PEKA2 UMPSA:

Share

Category