Kolej Komuniti Tampin

Kolej Komuniti Tampin PENERAJU KOMUNITI BERILMU DAN BERKEMAHIRAN Kami adalah salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

🚀 PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL TVETPelajar Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK3) Kolej Komuniti Tampin menyertai...
02/09/2026

🚀 PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL TVET

Pelajar Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK3) Kolej Komuniti Tampin menyertai Program JAGUH Keusahawanan Nasional TVET pada 26–27 Ogos 2026 di UiTM Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta dalam kesedaran keusahawanan, inovasi dan pembangunan prototaip.
Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kepada lahirnya usahawan TVET yang berdaya saing! 💪✨






02/09/2026

🎓 PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA & SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2026/2027 MELALUI EBORANG MYPOLYCC KINI DIBUKA! 🚀

Nak sambung pengajian dalam bidang TVET? Inilah peluang untuk anda melangkah lebih jauh dan membina masa depan bersama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC)! 💙

✨ Permohonan terbuka kepada:
🔹 Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
🔹 Lulusan Sijil Politeknik
🔹 Lulusan Sijil Kolej Komuniti
🔹 Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3
🔹 Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
🔹 Lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA
🔹 Lulusan Sijil Institut Kemahiran MARA (IKM)
🔹 Lulusan Sijil Institut Pertanian Malaysia
🔹 Lepasan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), KPM

📅 Tarikh Permohonan:28 Ogos 2026 (Jumaat)⏰ Mulai jam 5.00 petang
🌐 Mohon secara dalam talian melalui:
👉 https://ambilan.mypolycc.edu.my

📌 Jangan tunggu lagi! Kongsikan maklumat ini kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang sedang mencari peluang untuk menyambung pengajian.
🔥 Pilih laluan TVET. Pilih POLYCC. Bina masa depan anda!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"Merdeka! Merdeka! Merdeka!Marilah kita ...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar, mensyukuri nikmat keamanan, dan terus bersatu padu demi memelihara kedaulatan negara tercinta.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga Kolej Komuniti Tampin






LKAA KURSUS ASAS PEMBENIHAN IKAN KELI & PEMBUATAN MAKANAN IKAN Tarikh: 26 Ogos 2026Tempat: Makmal Akuakultur, Kolej Komu...
26/08/2026

LKAA KURSUS ASAS PEMBENIHAN IKAN KELI & PEMBUATAN MAKANAN IKAN

Tarikh: 26 Ogos 2026
Tempat: Makmal Akuakultur, Kolej Komuniti Tampin
Tenaga Pengajar: Puan Norashikin binti Anjur
Urusetia: Encik Tengku Mohd Faizul bin Tuan Ismail

Telah berlangsung Kursus Asas Pembenihan Ikan Keli dan Pembuatan Makanan Ikan yang memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas pembenihan serta kaedah menghasilkan makanan ikan.

Peserta turut berpeluang menjalani aktiviti secara praktikal dan hands-on, sekali gus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang akuakultur.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kursus ini! 👏






JOM MERIAHKAN BULAN KEBANGSAAN KKTNS 2026!Sempena Bulan Kebangsaan bertemakan “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”...
26/08/2026

JOM MERIAHKAN BULAN KEBANGSAAN KKTNS 2026!

Sempena Bulan Kebangsaan bertemakan “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”, pelbagai pertandingan menarik menanti para pelajar!

✨ Pertandingan Solekan
✨ Pertandingan X-Break
✨ Pertandingan Poster Digital
✨ Pertandingan Video Pendek

🏆 Hadiah menarik menanti para pemenang!

Jangan lepaskan peluang untuk serlahkan kreativiti, bakat dan semangat patriotik anda!

📲 Maklumat lanjut dan penyertaan, sila rujuk poster.

🇲🇾 Kreativiti Anda, Jiwa Merdeka, Malaysia Sejahtera!








Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat KKTNS 2026 “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati” :Tarikh      : 26 Ogo...
26/08/2026

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat KKTNS 2026 “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati” :

Tarikh : 26 Ogos 2026 (Rabu)
Tempat : Dewan Syarahan KKTNS



SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ12 Rabiulawal 1448H | 2026MIkhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Kolej Komuniti Tampin.Semoga...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ
12 Rabiulawal 1448H | 2026M

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Kolej Komuniti Tampin.

Semoga sambutan pada tahun ini terus menyemarakkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW. Marilah kita perbanyakkan selawat dan jadikan sunnah Baginda sebagai panduan hidup di dunia dan akhirat.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 🌹






✨ PERMOHONAN KEMASUKAN KINI DIBUKA! ✨👩‍🦰 Sijil Terapi Kecantikan dan Spa📍 Kolej Komuniti Tampin⏳ 4 Semester | Sepenuh Ma...
24/08/2026

✨ PERMOHONAN KEMASUKAN KINI DIBUKA! ✨

👩‍🦰 Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
📍 Kolej Komuniti Tampin
⏳ 4 Semester | Sepenuh Masa

📅 Mohon sekarang:
📌 28 Ogos 2026 (eBorang PolyCC)

🔥 Bidang kecantikan semakin mendapat permintaan tinggi!
Jom bina kerjaya dalam industri spa & kecantikan bersama TVET 💪




Lawatan Sambil Belajar Pelajar Sijil Khas Ikan Hiasan ke YZ Aquaculture FarmPelajar Sijil Khas Ikan Hiasan, Kolej Komuni...
24/08/2026

Lawatan Sambil Belajar Pelajar Sijil Khas Ikan Hiasan ke YZ Aquaculture Farm

Pelajar Sijil Khas Ikan Hiasan, Kolej Komuniti Tampin bersama pensyarah dan Pengarah Kolej Komuniti Tampin telah mengadakan lawatan sambil belajar ke YZ Aquaculture Farm.

Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai pengeluaran ikan secara komersial, termasuk pengurusan dan pengeluaran ikan untuk pasaran makanan serta ikan hiasan. Antara spesies yang diperkenalkan ialah ikan kelah, patin, baung, puyu, lee koh dan keli termasuk ikan segar bersaiz pasaran serta ikan hidup untuk tujuan makanan.

Sepanjang lawatan, pelajar turut dibawa melawat kawasan hatcheri, kolam nurseri dan kolam pembesaran bagi memahami dengan lebih jelas proses pengeluaran ikan, bermula daripada peringkat pembenihan sehingga ke peringkat pembesaran.




Tahniah diucapkan kepada saudari Siti Zubaidah Yusoff binti Abdullah, pelajar Sijil Terapi Kecantikan, Kolej Komuniti Ta...
17/08/2026

Tahniah diucapkan kepada saudari Siti Zubaidah Yusoff binti Abdullah, pelajar Sijil Terapi Kecantikan, Kolej Komuniti Tampin (KKTNS) atas kejayaan meraih 4th Runner Up dalam Pertandingan Solekan Crystal Crown sempena Crown & Canvas: The Art of Hair & Beauty 2026!

Syabas atas usaha, kreativiti dan bakat yang ditonjolkan. Semoga terus melakar kejayaan!





Address

No. 99-100, Jalan Impian Nuri 3
Gemencheh
73200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064316029

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kolej Komuniti Tampin:

Shortcuts

Share