25/04/2025
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kami ingin membuka peluang perniagaan kepada semua peniaga makanan di Ipoh untuk bersama Laman Manjoi mempelbagaikan juadah sarapan, tengahari & malam.
Untuk bulan pertama PERCUMA (TIADA SEWA DIKENAKAN), bulan kedua & ketiga bayaran minima letrik & air RM50 serta berkongsi kos pekerja basuh pinggan bersama semua peniaga. Bulan ke empat sewa penuh RM600 sebulan atau 10% dr jualan (yg mana lebih rendah) akan di bayar pada Laman Manjoi.
Nawaitu kami ingin membantu peniaga makanan di Ipoh & berkongsi rezeki. Kami juga bercadang menyediakan makanan bungkus percuma setiap hari buat fakir miskin di Ipoh khususnya di Manjoi InShaAllaah.
Kami buka semua jenis juadah; Roti Canai, Nasi Lemak, Mee Kari, Char Koay Teow, Telur Goyang, Lontong, Satay, juadah Pantai Timur, Laksa, juadah Western, manis-manisan dan lain-lain. Tapak stall disediakan berukuran 8’x8’.
Yang berminat sila WhatsApp http://www.wasap.my/60126810861/stall beserta informasi:
Nama:
No. HP:
Jenis juadah:
Pengalaman berniaga di mana:
Semoga Allah permudahkan segala urusan perniagaan kita. Aamiin🤲🏻