07/10/2026
Dulu orang selalu cakap Ipoh banyak tempat makan dan tempat menarik, tetapi pilihan hotel bertaraf antarabangsa masih tak sebanyak bandar besar lain.
Sekarang keadaan itu perlahan-lahan berubah apabila semakin banyak jenama hotel antarabangsa mula melihat potensi Ipoh.
Terbaharu, Dusit Princess Ipoh dibuka secara rasmi di Jalan Raja Dihilir dengan 268 bilik dan menerima penarafan empat bintang daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Exco Pelancongan Perak, Loh Sze Yee berkata kerajaan negeri memang mahu membawa lebih banyak hotel berjenama antarabangsa dan bertaraf tinggi masuk ke Perak.
Bukan semua pelancong mencari hotel bajet. Ada juga pelancong tempatan dan antarabangsa yang mahukan penginapan lebih selesa dan bertaraf tinggi ketika bercuti.
Dusit Princess p**a membawa konsep berinspirasikan Thailand dan menyasarkan bukan sahaja pelancong biasa serta keluarga, malah pelanggan perniagaan, delegasi kerajaan dan kump**an acara.
Kemasukan jenama besar ini juga melengkapkan hotel tempatan dan hotel butik yang memang sudah banyak menawarkan identiti tersendiri di Ipoh.
Kalau semakin banyak jenama antarabangsa berani buka hotel di sini, sekurang-kurangnya ia menunjukkan Ipoh semakin dilihat sebagai destinasi yang ada pasaran dan potensi lebih besar.
Lepas ni datang Ipoh bukan setakat cari nasi g***a, tau fu fah dan gua batu kapur. Pilihan nak tidur pun makin banyak kelasnya.