02/10/2026
๐๐๐ง๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ซ๐๐ค ๐๐ข๐ค๐ข๐๐๐ซ, ๐๐ข๐ฌ๐ข ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐!
Bukan sekadar persediaan, tetapi langkah pertama menuju satu pengalaman yang penuh semangat, kerjasama dan kebersamaan! Pada 1 Oktober 2026, telah berlangsung sesi persediaan kontijen PPANPk ke Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Kali Ke-26 Tahun 2026 yang bakal berlangsung pada 9 hingga 13 Oktober 2026 di Pahang Darul Makmur.
Di sebalik sebuah taklimat, ada banyak perkara yang perlu disusun daripada perjalanan, pengisian program hinggalah aktiviti yang bakal disertai. YBrs. Dr. Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk, turut menzahirkan sokongan dengan menyerahkan bendera Perak dan kit peserta kepada Ketua Kontinjen, Encik Indra Azman bin Gulam Yusoff.
Namun, persediaan ini bukan sekadar tentang jadual. Ia tentang kerjasama, komunikasi dan semangat sebagai satu pasukan.
โKontinjen PPANPk ini kalilah!โ
Slogan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh kontinjen yang bakal membawa nama PPANPk ke konvensyen nanti.
Semoga segala persiapan yang dilakukan menjadi langkah awal kepada perjalanan yang lancar dan penuh kenangan buat seluruh kontinjen PPANPk.