05/11/2018
Esok cuti kan?
Alang - alang dah bercuti di Ipoh, boleh datang check out 22 Hale Street untuk makan tengah hari atau minum petang.
Tempat ni sesuai untuk individu individu yang boleh appreciate interior decor yang menggabungkan konsep minimalist dan seni bina Cina.
Ruang makan di D**g Cafe amat sesuai untuk ber-dating dengan isteri tercinta ataupun membawa ibu bapa yang minat benda - benda antik.
Makanan yang saya & isteri cuba adalah Bao Sotong & Kaya butter toast dipasangkan dengan White Coffee.
Bao Sotong basically adalah pau. Walaupun ia pau kosong sahaja tapi rasanya sedap. Lembut sangat. Sotong goreng p**a adalah sotong segar diselaput isi telur masin dan digoreng sehingga garing. Nampak simple sahaja, tapi sedap.
Untuk toast p**a, biasa sahaja. Nothing special. Manakala white coffee di sini sangat creamy dan tidak terlalu manis. Just nice.
Dah sampai sini, jangan lupa singgah di souvenir shop di ruang belakang. Banyak novelties yang dijual. Yang paling menarik adalah kraf tangan yang dibuat oleh Persatuan Orang Berlainan Upaya. Sambil membeli, sambil kita tolong usaha mereka untuk menjadi individu berdikari.
Semasa saya ke sini bulan Oktober lalu, ruang pameran di tingkat atas masih belum dibuka untuk umum. Saya difahamkan ada pameran barang antik Cina yang akan dibuka mulai November 2018.
Lokasi 22 Hale Street adalah disekitar Heritage Walk Ipoh. Kalau orang Ipoh, akan ingat Bangunan Maybank lama. Jadi, selepas ke sini, boleh sambung meneroka pekan lama Ipoh.
Apa lagi?
Moh le jalan-jalan Ipoh.
Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Superhost
Casa Alyssa
*Jangan lupa singgah ke tandas 22 Hale Street. Ini adalah tandas yang paling cantik saya pernah masuk.