01/06/2026
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Dengan penuh hormat dan takzim, semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, serta pemerintahan yang penuh keberkatan dan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta negara tercinta.
Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur di bawah naungan Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.