17/03/2024
Peraturan Penginapan D’sayang Homestay Jempol Negeri Sembilan.
Para tetamu/penginap yang dihormati diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut :
1. Waktu Check-in 2:30 petang hingga 7.00 petang dan Waktu Check-out 12:30 tengahari. Sila patuhi masa check out yang betul. Sila call/sms saya setengah jam sebelum check out. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in, masa check-out boleh dilanjutkan dengan kadar RM10/jam atau dengan persetujuan budi bicara. (Dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan).
2. Sebagai tanda "pegang janji", kami memerlukan deposit RM100/malam untuk "block date" khusus untuk pengunjung yang benar-benar ingin membuat tempahan. (Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan).
3. "Bayaran Penuh" mesti dibuat semasa check-in. (Semasa kunci diberi.)
4. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali. Penyewa Muslim sahaja.
5. Harap maaf. Binatang peliharaan tidak dibenarkan menginap bersama.
6. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
7. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, g***a, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
8. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.
9. Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula di tempat asalnya.
10. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di sekitar homestay, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.
11. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu penghuni lain.
12. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup suis lampu, suis kipas dan paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan. Tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay.
13. Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar.
14. Sampah dibuang ke dalam tong/bakul sampah yang disediakan. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat.
15. Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay. Dalam tempoh penginapan, pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda.
16. Sebelum check out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal. Barang yang tertinggal akan dilupuskan.
17. Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang "kejadian" kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami.
18. Sila merokok di kawasan merokok. Tidak dibenarkan menggunakan peralatan homestay seperti cawan dan mangkuk sebagai tempat abu rokok. Jangan merokok didalam bilik.
19. Pengurus/tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu.
"SEMOGA ANDA BERPUAS HATI DAN CERIA KETIKA BERADA DI HOMESTAY KAMI."