18/05/2017
KENAPA HOMESTAY MENJADI PILIHAN.
1. Unik
Berbanding hotel, homestay akan dihias mengikut personality pemiliknya. Ataupun sumber inspirasi. Setiap bilik boleh dihias sekreatif mungkin. Jadi, anda akan merasakan seperti rumah kedua anda.
Saujana Putra Homestay kami memberikan anda nikmat berada di sekeliling buku dan mana tahu minat anda kembali untuk membaca. Membaca secara santai pastinya :)
2. Jimat
Apabila anda tinggal di homestay, kos anda boleh dikurangkan sebanyak lebih dari 60% kerana satu bilik untuk dua orang puratanya berharga RM150 manakala homestay membolehkan anda menginap untuk seluruh keluarga – 3 bilik.
Ada sesetengah homestay, mereka akan charge dengan harga yang amat rendah kerana mereka s**a menerima tetamu dan bukan mementingkan p**angan yang besar.
3. Persekitaran yang tenang dan cantik
Kebanyakan tempat di mana terletaknya homestay merupakan tempat tarikan pelancong mahupun hampir dengan pelabuhan atau institusi pendidikan seperti universiti dan sekolah berasrama.Seperti yang kami katakan, homestay menjanjikan suasana yang lebih tenang kerana ia seperti rumah kedua anda.
4. Khidmat Pelanggan
Selalunya, pemilik homestay akan melakukan aktiviti seperti membersihkan rumah, menyediakan sarapan bahkan membantu mengangkat beg anda. Secara tidak langsung, anda boleh menjalin silaturrahim sesama pemilik homestay.
5. Kisah tersendiri
Ada banyak sebab sesebuah homestay diwujudkan. Ada yang mengambil peluang yang tersedia. Seperti kami, kami ingin mengabadikan pengalaman, inspirasi yang kami perolehi. Selain itu, ia merupakan cara untuk kami sebuah keluarga menceritakan sejarah kami dan berkongsi pengalaman dengan anda.
Saujana Putra Homestay ialah cara kami untuk menyediakan tempat buat anda berehat jika anda berada di Bandar Saujana Putra atau di sekitarnya. Dan keistimewaan kami ialah menjadikan hmestay ini nyaman untuk anda mulakan minat membaca :)