22/07/2022
Allah maha Kaya lagi Maha Adil. Dengan kuasa viral sosial media, Dia mendengar rintihan rakyat-rakyat kecil yang mengharap pada sungai ini mencari rezeki yang halal tanpa merosakkan ekosistem sungai.
Pada saat letupan ini berlaku di Jeram Perahu, papan tanda campsite ini sedang dipacakkan ke bumi. Semangat gading dan warna hitam putih menjadi simbol campsite. Hanya kami di hilir tidak tahu apa yang berlaku di hulu kerana sehari sebelum itu hanya mampu melihat terlalu banyak bot yang naik ke Jeram Perahu sehingga tidak terkira dek bilangan jari. Maka kami terus mengambil keputusan untuk menggunakan air dari sungai Raok untuk minum dan masak kerana merasakan pencemaran yang bakal dibawa turun ke bawah. Memang tepat sangkaan kami bahawa ada. Sesuatu yang tidak baik akan berlaku di kawasan Jeram Perahu.
Sudah tentu pemancing tegar dan orang kampung Gusai tidak sanggup menyaksikan habitat kelah itu sendiri dibom oleh pihak luar yang tidak berhati perut san kejam. Bagi yang belum pernah pergi ke Jeram Perahu, anda akan melalui pos perhilitan yang akan memeriksa permit dan bot daripada membawa jaring, bahan letupan atau senapang air.
Sesungguhnya jika dibiarkan hanya segelintir orang berkuasa melanggar undang-undang manakala rakyat biasa dikenakan tindakan, makanya akan lebih ramai rakyat yang bangkit menentang kezaliman penguasa. Ingat semangat mat kilau yg menentang kezaliman akan tetap mengalir di dalam darah orang-orang di ulu Tembeling terutama di Sungai Sepia yang menjadi laluan utama beliau.
Jerantut: Polis Jerantut mengesahkan menerima laporan berkaitan seorang Yang Berhormat (YB) menangkap ikan yang dipercayai menggunakan bahan peledak di Sungai Sepia, Ulu Tembeling, dekat sini yang tular di media sosial baru-baru ini.