18/12/2022
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
Usai sudah Hari Keluarga Jemaah Cekak Sunda yang diadakan di DeMikraj Orchardstay
Aktiviti yang julung2 kali diadakan di sini merupakan sessi percubaan utk kami mengadakan majlis yg besar. Lebih dari 80 org yg hadir terdiri daripada ibu bapa dan anak2. Aktiviti diadakan bermula pada 10-12 Disember 2022. Pada 10 hb keluarga mula hadir pada waktu petang hingga ke larut malam dan memacak khemah masing2. Ada pelbagai saiz khemah dari yang kecil hingga ke khemah unta. Acara kemuncak pada 11 Dis dimana diadakan sukanika kanak-kanak, ibu2 dan ayah2. Juga terdapat acara memancing terbuka yg menawarkan hadiah dari pelbagai kategori.
Banyak kenangan manis yg dirakamkan. Aktiviti ini merupakan test run utk kami adakan majlis yg serupa di masa2 akan dtg. Alhamdulillah postmortem juga akan dijalankan utk memastikan permasalahan yg dihadapi para tetamu. InsyaaAllah kami akan berusaha untuk membangunkan sarana2 yg perlu dan menyediakan sop2 utk penambahbaikan program yg seumpamanya.
InsyaaAllah
Semuga Allah rahmati segala usaha dan mudahkan segala urusan kami. Aamiin โค๏ธ