15/05/2026
MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN RAGBI 10βS PIALA KOMANDER BRIGED TENGAH 2026
Simpang Renggam, 15 Mei 2026(Jumaat) Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Ragbi 10βS Piala Komander Briged Tengah 2026 pada 14 Mei 2026 bertempat di Padang SMK Simpang Renggam.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YDH Supt Salehin Bin Suleiman, Pegawai Pemerintah Batalion 5 Simpang Renggam selaku wakil kepada YDH Komander Briged Tengah PGA merangkap tuan rumah kejohanan.
Turut hadir memeriahkan kejohanan YDH Supt Shohaiami Bin Ismail, Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, YDH Supt Amanjit Singh, Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, YDH Supt Mohd All Amin Bin Mohamed Zawawi, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 19 PGA, YDH DSP Helmy Bin Abdullah, Penolong Pegawai Pemerintah BN5 PGA, En. Zulkifli Bin Md Pungot, Pengetua SMK Simpang Renggam serta En. Roheiran Bin Md Sidek, Wakil Presiden Rugby Kluang Club (RKC).
Kejohanan ini telah menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari Briged Tengah dalam semangat kesukanan, disiplin serta perpaduan yang tinggi.
π Keputusan Penuh Kejohanan:
π₯ Johan β Batalion 4 PGA
π₯ Naib Johan β Batalion 19 PGA
π₯ Tempat Ketiga β Batalion 6 PGA
π
Tempat Keempat β Batalion 5 PGA
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.
Seramai 28 pegawai dan anggota turut terpilih mewakili Pasukan Ragbi Briged Tengah ke Kejohanan Ragbi Piala Ketua Polis Negara yang akan berlangsung di Kontinjen Negeri Sembilan.
Semoga kejohanan ini terus menjadi platform memperkukuhkan semangat berpasukan, disiplin dan kecemerlangan sukan dalam kalangan warga PGA.
Jurufoto:
L/Kpl Hanis