08/01/2025
Awal tahun ini, saya berdepan dengan dugaan apabila menerima dua panggilan daripada pelanggan yang mendakwa telah membuat tempahan homestay melalui pihak scammer. Saya ingin menasihati semua pelanggan yang ingin membuat tempahan agar menghubungi saya terus di nombor 019-7594992. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang terlalu murah sehingga terjebak dengan penipuan. pastikan anda berurusan dengan pemilik yang sah. Terima kasih atas kepercayaan customer saya yang berurusan terus ke nombor saya. 🤲🏻
Kepada scammer, tolong jangan ganggu periuk nasi saya. Tindakan awak seperti ini bukan sahaja merosakkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan saya, tetapi juga menjejaskan rezeki orang lain. Saya sudah membuat laporan polis, dan saya menyeru sesiapa yang menjadi mangsa untuk turut membuat laporan supaya scammer seperti ini tidak dibiarkan bertindak sesuka hati. Sama-sama kita bertindak untuk menghentikan penipuan ini.