Yayasan Warisan Johor

Yayasan Warisan Johor MEMELIHARA WARISAN BUDAYA WAWASAN
Pemantapan jati diri Johor melalui pemuliharaan warisan budaya bangsa.
(1)

MISI
Memartabatkan warisan sejarah, persuratan, seni dan budaya Negeri Johor.

Yayasan Warisan Johor (YWJ) menyantuni kunjungan lawatan dari Tadika Perpaduan Bandar B (Sesi Pagi) Jalan Ismail ke Muzi...
07/09/2026

Yayasan Warisan Johor (YWJ) menyantuni kunjungan lawatan dari Tadika Perpaduan Bandar B (Sesi Pagi) Jalan Ismail ke Muzium Mersing.

Kepada anda yang ingin menyertai lawatan berpandu di Muzium Mersing sila kemukakan permohonan lawatan ke alamat e-mel: [email protected].







—————————————

Yayasan Warisan Johor warmly welcomes the visit by the Tadika Perpaduan Bandar B (Morning Session), Jalan Ismail, to Muzium Mersing, Johor.

For those who wish to join the guided tour at Muzium Mersing, please submit your application to the email address: [email protected].





📚 SILENT BOOK CLUB JB DI MUZIUM TOKOH JOHORYayasan Warisan Johor (YWJ) menerusi Muzium Tokoh Johor dengan kerjasama Sile...
07/09/2026

📚 SILENT BOOK CLUB JB DI MUZIUM TOKOH JOHOR

Yayasan Warisan Johor (YWJ) menerusi Muzium Tokoh Johor dengan kerjasama Silent Book Club JB akan mengadakan Silent Book Club JB bersempena Program Pentas Legasi Johor pada 12 September 2026 di Muzium Tokoh Johor.

Aktiviti ini memberi ruang kepada peserta untuk menikmati sesi membaca dalam suasana santai dan selesa. Peserta bebas membawa apa sahaja bahan bacaan pilihan, sama ada buku fizikal, e-book, artikel, jurnal, majalah, komik mahupun bahan bacaan digital yang lain.

Tiada buku khusus ditetapkan dan peserta boleh membaca mengikut minat serta pilihan masing-masing. 📖✨

Bayaran penyertaan hanya RM5 seorang. Jom luangkan masa bersama komuniti pembaca sambil menikmati suasana warisan di Muzium Tokoh Johor.

YAYASAN MRDIY





🎨 BUDAYA DIPERKASA, MERDEKA DIPELIHARA 🇲🇾Pertandingan Seni Khat Perintis Seni Johor kini dibuka!•Ayuh serlahkan bakat, k...
07/09/2026

🎨 BUDAYA DIPERKASA, MERDEKA DIPELIHARA 🇲🇾

Pertandingan Seni Khat Perintis Seni Johor kini dibuka!

Ayuh serlahkan bakat, kreativiti dan kecintaan terhadap seni khat serta warisan budaya Johor melalui karya anda! 🖌️✨

🏆 HADIAH MENARIK MENANTI! 🤩

🔸 Kategori Terbuka
🥇 RM1,000 | 🥈 RM800 | 🥉 RM500

🔸 Kategori Sekolah Menengah
🥇 RM600 | 🥈 RM500 | 🥉 RM300

🔸 Kategori Sekolah Rendah
🥇 RM300 | 🥈 RM250 | 🥉 RM200

📅 Tarikh tutup penyertaan : 25 September 2026

📲 Imbas QR Code atau tekan link pautan ini :

https://forms.gle/8bWTNSQTLo2KuiB7A

📞 Sebarang pertanyaan:
Puan Asniza : 012-702 4407
Encik Syed Ahmad : 010-526 1975

Jom dafter sekarang! 🤩




Salam Warisan Budaya semua! 🤍✨Yayasan Warisan Johor terbang jauh ke MITEC, Kuala Lumpur bersempena MATTA Fair 2026! ✈️🌺O...
05/09/2026

Salam Warisan Budaya semua! 🤍✨

Yayasan Warisan Johor terbang jauh ke MITEC, Kuala Lumpur bersempena MATTA Fair 2026! ✈️🌺

Orang-orang Selangor, KL dan sekitarnya, mehlah singgah ke Pavilion Johor! 😆🤍

Bukan setakat boleh dapatkan info & kenali pelbagai tarikan menarik di Johor, persembahan Zapin pun ada tau! 💃🏻✨

Jom meriahkan MATTA Fair sama-sama. See you guys there! 👋🏻

📍 Pavilion Johor, MITEC Kuala Lumpur
🗓️ 4–6 September 2026

JAMBANGAN BUDI, RIMBUNAN BAKTI – SELAMAT BERSARA PUAN NOOR SHARILA 🌷Sekitar Majlis Persaraan Puan Noor Sharila binti Abd...
03/09/2026

JAMBANGAN BUDI, RIMBUNAN BAKTI – SELAMAT BERSARA PUAN NOOR SHARILA 🌷

Sekitar Majlis Persaraan Puan Noor Sharila binti Abdullah yang telah diadakan pada 2 September 2026 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB), Johor Bahru.

Majlis ini menjadi tanda penghargaan dan kenangan atas segala jasa, bakti serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Pengarah serta seluruh warga kerja Yayasan Warisan Johor mendoakan agar Puan Noor Sharila dan keluarga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT ✨

Selamat maju jaya dan semoga kita dipertemukan lagi di masa hadapan!
❤️🌸


🏛️ MINAT SEJARAH, WARISAN & ARTIFAK?Jom sertai Kolaborasi Ilmiah: Etika Jejak Warisan untuk mendalami aspek perundangan,...
03/09/2026

🏛️ MINAT SEJARAH, WARISAN & ARTIFAK?

Jom sertai Kolaborasi Ilmiah: Etika Jejak Warisan untuk mendalami aspek perundangan, etika dan amalan terbaikdalam pencarian, pengumpulan, pemilikan serta pendokumentasian objek bersejarah.

📅 : 9 September 2026 (Rabu)
⏰ : 8.00 pagi-1.00 petang
📍 : Dewan Muzium Kota Tinggi

📲 Penyertaan TERHAD! Imbas kod QR pada poster atau tekan pautan:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfxDQZlDp3-DH2MfuYQoqYyI7ZpBQX_Q4sNG8HT5KvhfoZFIg/viewform?usp=dialog

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi
Encik Mohd Farhan bin Zainal Abidin: 011-70719096.

Jejak warisan dengan ilmu, pelihara sejarah dengan etika.✨




NOTIS PEMAKLUMAN 📢Dimaklumkan bahawa Persembahan Kebudayaan Bangsa Johor di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bak...
03/09/2026

NOTIS PEMAKLUMAN 📢

Dimaklumkan bahawa Persembahan Kebudayaan Bangsa Johor di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) tidak akan diadakan pada:

📅 : 4 hingga 6 September 2026 (Jumaat - Ahad)

Segala kesulitan amatlah dikesali dan diucapkan terima kasih atas kefahaman serta sokongan anda.


KUIZ KEMERDEKAAN DI GALERI DATO’ ONN 🇲🇾Yayasan Warisan Johor (YWJ) menganjurkan Kuiz Kemerdekaan sempena menyambut Hari ...
31/08/2026

KUIZ KEMERDEKAAN DI GALERI DATO’ ONN 🇲🇾

Yayasan Warisan Johor (YWJ) menganjurkan Kuiz Kemerdekaan sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026 di Galeri Dato’ Onn, Batu Pahat.

Menariknya, pengunjung bukan sahaja berpeluang meneroka dan mengenali sejarah di Galeri Dato’ Onn, malah turut menguji pengetahuan melalui kuiz bertemakan kemerdekaan. 🇲🇾📚

Sambil berkunjung, sambil belajar dan semarakkan semangat patriotik! ❤️

� � �

JOM ISI CUTI SEKOLAH KE KOMPLEKS WARISAN SULTAN ABU BAKAR! 🇲🇾✨Yayasan Warisan Johor (YWJ) menyantuni kunjungan lawatan d...
31/08/2026

JOM ISI CUTI SEKOLAH KE KOMPLEKS WARISAN SULTAN ABU BAKAR! 🇲🇾✨

Yayasan Warisan Johor (YWJ) menyantuni kunjungan lawatan dari pengunjung ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sempena Hari Kebangsaan ke-69 pada 31 Ogos 2026.

Kepada anda yang ingin menyertai lawatan berpandu di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) sila kemukakan permohonan lawatan ke alamat e-mel: [email protected].

Atau kunjungi terus ke Kaunter Rumah Limas Johor.







—————————————

Yayasan Warisan Johor (YWJ) warmly welcomes the visit by visitors to Sultan Abu Bakar Heritage Complex, Johor Bahru in conjunction with the 69th National Day celebration on 31 August 2026. 🇲🇾

For those who wish to join the guided tour at
Sultan Abu Bakar Heritage Complex, Johor Bahru, please submit your application to the email address: [email protected].

Alternatively, you may visit the Rumah Limas Johor Ticket Counter for further information.





Address

Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

072213148

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Warisan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Yayasan Warisan Johor:

Shortcuts

Share