25/11/2022
Satu lg tempat utk cuci mata di JB..
Sunway BiG Box Mall 😍
Korang hujung minggu ni boleh lah luangkan masa dengan kawan kawan dan pergi ke Sunway Big Box Mall dan pada 25 November sehingga 27 November 2022 ni ada Weekend Buzz Pop-Up Market tau 🥰
Dah alang2 sampai tu, boleh lah singgah sekali ke BookXcess, kedai buku terbesar di zon selatan. GSC kat sini pon family-friendly yang merupakan GSC Play Park pertama di Malaysia yang didatangkan juga dengan Popcorn Tower Slide. Yang ada anak anak tu, boleh lah pergi ke EnerG X Park dan main trampoline. Sports Direct pon ada di sini.
Memang meriah lah Sunway Big Box Mall. Mana tak nya sebab weekend ni akan dihiasi dengan warna warni peniaga Pop-Up Market dari bermacam macam vendor dari makanan, minuman, dan macam macam lagi lah. Food truck pon ada tau, haaaa memang tak sabar lah nak pergi nanti ni 🤩
Bermula dari 4:00 petang sehingga 10:00 malam, ada Park & Sell pulak yang akan dimeriahkan oleh pelbagai gerai jualan. Waaa memang best lah Sunway Big Box Mall ni, kene ajak kawan kawan datang sama sama nanti. Enjoy your weekend nanti! 🤗
[Pop-Up Market]
⏰ 11:00 Pagi - 10:00 Malam
[Park & Sell]
⏰ 4:00 Petang - 10:00 Malam
[Food Truck]
⏰ 11:00 Pagi - 10:00 Malam
🗓 25 November - 27 November 2022
📍 East Wing, Ground Floor, Sunway Big Box Retail Park
⏰ 11:00 Pagi - 10:00 Malam
FB Page, https://www.facebook.com/SunwayBigBox
https://www.facebook.com/1176578865691999/posts/6458043744212125/?sfnsn=mo&mibextid=6aamW6