Infra Desa Johor

Infra Desa Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Infra Desa Johor, 7th FLOOR, MENARA PEJABAT PUSAT KOMERSIAL BAYU TASEK, PERSIARAN SOUTHKEY 1, KOTA SOUTHKEY, Johor Bahru.

Salam Maal Hijrah 1445 dan Selamat Tahun Baru Islam daripada Infra Desa (Johor) Sdn Bhd.Harapan kita, semoga tahun baru ...
18/07/2023

Salam Maal Hijrah 1445 dan Selamat Tahun Baru Islam daripada Infra Desa (Johor) Sdn Bhd.

Harapan kita, semoga tahun baru hijrah ini kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, penghijrahan baru yang akan lebih baik daripada penghijrahan sebelumnya.

28/06/2023

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Infra Desa Johor !

Semoga kita dapat mengambil iktibar dan belajar dengan sebaiknya erti tadhiyah(pengorbanan) dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Semoga kita menjadi hambanya yang lebih dekat sang pencipta.

Infra Desa Johor Sdn. Bhd. mencatat kecemerlangan dengan mencapai penarafan 4 bintang bagi SCORE-CIDB!Program Penilaian ...
28/05/2023

Infra Desa Johor Sdn. Bhd. mencatat kecemerlangan dengan mencapai penarafan 4 bintang bagi SCORE-CIDB!

Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus yang dibangunkan oleh CIDB dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 bersesuaian dengan teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.

Ia adalah kreditasi yang sangat ketat dalam penilaian kompentasi kontraktor.

Penilaian termasuk ke atas tahap kematangan dan kemampuan pemohonan dan pelbagai aspek terutama perngurusan, kewangan dan proses perniagaan.

Sebagai Organisasi yang progresif, IDJSB akan terus tingkatkan usaha dan terus cemerlang dan gemilang.

04/05/2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK

Infra Desa (Johor) Sdn Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha yang meraikan perayaan ini pada 4 Mei 2023. Semoga perayaan ini turut mengukuhkan perhubungan dan perpaduan kita semua.

22/04/2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin, ikhlas daripada kami warga kerja Infra Desa (Johor) Sdn. Bhd.

SALAM DIHULUR TANDA INGATAN,
MOGA UKHWAH SENTIASA BERKEKALAN,
SELAMAT HARI RAYA KAMI TITIPKAN,
BUAT KELUARGA DAN JUGA KENALAN.

08/04/2023

Selamat menyambut dan menghayati Nuzul Al-Quran 1444H/2023M buat seluruh umat Islam.

Semoga amalan kita semua diterima oleh ALLAH SWT dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan yang mulia ini.

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDARMerafak sembah dengan uc...
23/03/2023

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah & ucapan selamat kepada
Duli yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli yang Maha Mulia Tuanku pada 23 Mac 2023

“SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU.”

DAULAT TUANKU.

22/03/2023

Marhaban Ya Ramadhan!

Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa bagi tahun 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah kepada semua umat Islam.

Semoga dengan keberkatan di bulan suci ini kita akan dilimpahkan dengan limpahan rezeki dan rahmat daripadaNya di samping dapat memperbanyakkan lagi amalan dan ibadah kepada yang Maha Esa.

Selamat Berpuasa!

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan Rasulullah.Program CSR (Corporate Social Responsibility Programme) Infra Desa J...
12/03/2023

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan Rasulullah.

Program CSR (Corporate Social Responsibility Programme) Infra Desa Johor yang telah di jalankan pada 9hb Mac 2023 untuk mangsa-mangsa banjir, bagi Pejabat Kawasan DUN Bukit Pasir telah berjaya dijalankan Dengan Bantuan YB Exco Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh yang mana sumbangan yang diedarkan adalah merupakan barangan keperluan asas seperti Kerusi roda, Pampers dewasa pelbagai saiz, Pampers kanak-kanak pelbagai saiz, Peti Pertolongan Cemas, Tilam TOTO Kekabu dan Set kelengkapan Pembersihan diri.

Semuga memberi Manafaat kepada mangsa-mangsa banjir.

إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ

SELURUH WARGA INFRADESA JOHOR MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN  TS. MOHD EKMALUDDIN ISHAK SEBAGAI PENGARAH MAJLIS...
27/02/2023

SELURUH WARGA INFRADESA JOHOR MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN TS. MOHD EKMALUDDIN ISHAK SEBAGAI PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

17/02/2023

Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj 1444H.

Semoga Allah SWT selalu melimpahkan nikmat dan kurnianNya kepada hambanya. Semoga syafaat Rasullah SAW selalu menyertai perjalanan hidup kita di dunia.

05/02/2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM

Infra Desa (Johor) Sdn Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada yang meraikannya pada 5 Februari 2023.

Semoga perayaan ini turut mengukuhkan perhubungan dan perpaduan kita semua.

Address

7th FLOOR, MENARA PEJABAT PUSAT KOMERSIAL BAYU TASEK, PERSIARAN SOUTHKEY 1, KOTA SOUTHKEY
Johor Bahru
80150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:45
Tuesday 08:00 - 17:45
Wednesday 08:00 - 17:45
Thursday 08:00 - 17:45
Sunday 08:00 - 17:45

Telephone

072780681

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Infra Desa Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share