30/09/2025
SPARE PART
Budak² remaja umur belasan tahun biasa berkumpul lepak 4, 5 orang kat tepi padang sebelah homestay aku ni. Biasanya waktu malam lepas pukul 8 sampai pukul 11 malam.
Kalau cuti sekolah, awal sikit diorang ni lepak sini waktu petang. Bilangan ahli melepak pon bertambah. Bawa motor parking tepi divider, lepak ngan kawan² borak² sambil menonton orang main bola kat padang sebelah.
Sesekali menjerit² macam penyokong bola. Sesekali menjerit tak tentu pasal macam orang kena sula. Sesekali di 'rem' nya motor kuat² macam mat rempit.
Biasanya waktu lewat petang macam ni aku ada kat homestay tengah siapkan kerusi meja kalau ada majlis keesokkan harinya.
Budak² ni kalau berborak suara mereka kuat la juga. Setakat jarak homestay aku ni memang boleh dengar sangat. Suara maki hamun, kata² tak senonoh sesama mereka tu biasa dah aku dengar. Budak² muda baru nak up. Tahulah borak dia macam mana.
Biasanya aku buat tak dengar je apa yang diorang ni borakkan. Aku buat kerja aku sambil dengar lagu² zaman remaja aku dulu dari youtube buka kat henfon.
Tapi petang tadi, satu perbualan ni berjaya menangkap perhatian aku.
Bermula dengan "Kau jadikan aku spare part je eh." Terus terpasang telinga aku nak dengar lebih lanjut.
Aku nampak salah seorang budak ni tengah berbual kat henfon. Aku suspek awek dia la kat hujung talian tu.
"Ko dah sedap dengan dia, kawan aku saksi, ada masalah kau cari aku eh," lebih kurang gitu la ayatnya. Kalau ayat betul dia lagi seram aku nak tulis sini.
Disambung dengan laungan 'woo' oleh kawan² dia.
"Ye dah lama aku tahu. Nak tunggu keluar dari mulut kau je," tambah budak tu.
Panjang lagi perbualan henfon diorang. Sampai 64 biji kerusi yang belum bersarung tadi aku dah sarungkan siap ikat reben. Lebih 20 minit juga. Perkataan 'spare part' beberapa kali diluahkan.
Last sekali aku dengar,
"Kau ingat aku 'spare part' kau. Kita break je."
Lalu disambut 'woo' dengan lebih kuat oleh kawan² dia. Tak semena² aku pon ikut 'woo' sekali. Sarung kerusi pon 'woo'. Aku agak kalau kedai spare part motor depan ni dengar, dia pon 'woo' sekali.
Ujian kau awal dik. Baguslah sebelum terlambat, buat keputusan terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat. Sebelum kau yang kena tinggalkan lepas penat asingkan taugeh kat char kue teow dia.
Tak nak dah tunang nanti, booking homestay aku untuk buat majlis. Hujung² kau cancel minta refund sebab tahu kau rupanya 'spare part' je. 😔
Macam² ek. Dunia².