08/04/2020
MEMO TOK KETUA
SELASA, 7 April 2020
--------------------------------- BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM*
Assalamualaikum & PAGI buat semua Warga Kg Kito
Berikut ialah LAPORAN PENYUMBANG BANTUAN COVID-19 UNTUK WARGA KG KITO SETAKAT 7/4/2020
1. Individu RM1,000
2. Pharmaniaga Bhd RM1,000
3. Blue Rawda Services RM1,500
4. Hj Mohd Zain RM1,000
5. Individu RM300
6. Prof Dr Hj Shahrani RM1,000
7. Sumbangan barangan Individu RM900
JUMLAH DITERIMA SETAKAT 7/4/2020 (11.00 pagi)
*RM6,700*
Dah seminggu tepat, sejak sy melancarkan BANTUAN SUSU, PAMPERS & MAKANAN ASAS untuk membantu Warga Kg Kito yang terjejas akibat PKP ini - semakin ramai pihak menghubungi saya untuk menghulurkan sumbangan mereka.
InsyaAllah, saya cuba mendapatkan lebih banyak bantuan, khususnya menjelang RAMADAN ini.
Alhamdulilah. Syukur!
Semalam juga, kami mula mengedarkan BANTUAN SUSU & PAMPERS sumbangan Dato' Zuhri .am.zuhri dari Pharmaniaga Berhad
Tn Hj Hafizam Abu Hassan, selaku wakil Dato' Zuhri sudi menyampaikan bantuan itu kepada lewat petang semalam.
Beliau juga berkongsi cara betul memakai 'facemask' dan sudi menuangkan 'hand-sanitiser' kpd semua warga kg kito yg datang mengambil bantuan.
Terima kasih Pharmaniaga Berhad! Terima kasih Encik Izam!
Buat pengetahuan semua, JUMLAH penduduk yang susah & terjejas untuk mencari sara hidup sendiri akibat PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) di kg ini hampir 30% daripada 850 jumlah penduduknya.
Buat maklumat juga, bantuan ini bukan bersifat jangka panjang. Ia hanyalah sementara bagi meringankan beban keluarga yang terbabit.
Bagaimanapun, saya sedang meneliti semula SENARAI ASNAF KG KITO kerana berkemungkinan ada penduduk yang terjejas teruk akibat PKP ini boleh saya masukkan ke dalam SENARAI berkenaan.
Harapan saya, semoga lebih ramai dermawan kg ini yg tampil membantu lagi khususnya menjelang Ramadan & Syawal tidak lama lagi
Terima kasihππ₯°
π§’ TOK AZIZ OMAR
Ketua Kg Bt17, Dusun Tua