Terletak berhampiran dengan Stesen Komuter UKM. Rumah Tamu ini merupakan rumah teres 2 tingkat. 3 bilik tidur dan 2 bilik air, bilik tidur utama (master bedroom) tidak dibuka(tutup) untuk penyewaan. Begitu berhampiran sekolah SRI Al-Amin Bangi. Terdapat kemudahan kedai runcit, kedai makan, dobi, klinik dan balai polis berhampiran. Rumah Tamu ini sesuai untuk sesiapa yang mencari/memerlukan tempat
tinggal ketika berurusan seperti menghadiri pendaftaran ke IPT, majlis Konvokesyen, kenduri-kendara, bercuti, urusan kerja dengan membawa keluarga dan sebagainya. Kemudahan awam berhampiran :- KTM Komuter - Stesen UKM
Bas - Perhentian Bas Kajang (Jalan Reko)
Waktu : Masuk/Check-in - 3.00 petang
Keluar/Check-out - 12.00 tengahari
Sewa : 1 malam RM200.00 (bilik tidur utama tidak dibuka kepada penyewa)
Deposit 50% dari jumlah sewaan. Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum/semasa mengambil kunci untuk masuk. Penting - Satu salinan dokumen pengenalan diri penyewa (orang yang bertanggungjawab/berurusan dengan pihak NAQ Rumah Tamu) seperti IC, pasport dll perlu disertakan sebelum masuk. Pilihan untuk masuk/check-in awal 6 jam bermula dari 9.00 pagi dikenakan bayaran tambahan 25% dari sewaan 1 hari. Pilihan untuk keluar/check-out lewat 6 jam sehingga 6.00 petang dikenakan bayaran tambahan 25% dari sewaan 1 hari. Kepada penyewa yang ingin memasak di Rumah Tamu ini perlu membayar deposit RM50.00 untuk jaminan dapur, perkakasan dll dibersihkan sebelum keluar. Keterangan lanjut - Sila hubungi 019-358 1025