21/10/2026
LAPORAN RINGKAS KURSUS KEMANTAPAN KETUA-KETUA KAMPUNG BERSAMA AGENSI-AGENSI
Tarikh: 14–15 Oktober 2026
Tempat: Hotel Wyndham Acmar, Klang, Selangor
Tempoh: 2 Hari 1 Malam
Jumlah Peserta: 150 orang ketua-ketua kampung
Pada 14 hingga 15 Oktober 2026, satu Kursus Kemantapan Ketua-Ketua Kampung bersama agensi-agensi berkaitan telah diadakan di Hotel Wyndham Acmar, Klang, Selangor. Kursus selama dua hari satu malam ini melibatkan seramai 150 orang ketua-ketua kampung.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran kepimpinan serta kecekapan ketua-ketua kampung dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta turut berpeluang mengikuti sesi penerangan, perbincangan dan soal jawab bersama agensi-agensi berkaitan. Sesi ini menjadi platform penting untuk bertukar pandangan, mendapatkan penjelasan berhubung isu pentadbiran kampung serta membincangkan langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
Kesimpulan:
Kursus ini diharapkan dapat memantapkan lagi peranan ketua-ketua kampung sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat, di samping memperkukuh kerjasama bersama agensi-agensi berkaitan demi memastikan kebajikan penduduk dan pembangunan kampung terus diberi perhatian.
Disediakan oleh:
Pengerusi JPKK Batu 13, Kajang