Pantai Perkasa Chalet

Pantai Perkasa Chalet Chalet dengan suasana desa di pinggir pantai. Tenang dan damai untuk rehat bersama keluarga tercinta

LAND ROVER DEFENDERAlhamdulillah minggu ni Full-House daripada group DEFENDER.Sepatutnya gi main dalam hutan belantara b...
24/04/2026

LAND ROVER DEFENDER

Alhamdulillah minggu ni Full-House daripada group DEFENDER.

Sepatutnya gi main dalam hutan belantara baru sedap nih. Tapi katanya salah sorang owner, nak masuk juga hutan tunggu diesel turun sikit jah lagi😂😂

Mana-mana group 4×4 nak mari lepak-lepak ambil angin pantai sambil mandi kolam tunggu diesel turun sikit lagi boleh roger pihak kami😁😁

Harga Bilik Madani.✅

Waktu mandi kolam
8pagi - 7malam✅

27/12/2025

Pantai Perkasa Chalet

14 November 2025 | JUMAATHARI KELUARGA UNIT KLINIKAL & PERUNDANGAN HUSMTerima kasih pihak Unit Klinikal dan Perundangan ...
14/11/2025

14 November 2025 | JUMAAT

HARI KELUARGA UNIT KLINIKAL & PERUNDANGAN HUSM

Terima kasih pihak Unit Klinikal dan Perundangan HUSM sudi bertandang ke Pantai Perkasa Chalet untuk mengadakan Hari Keluarga disini.

Walaupun hari ini dari pagi lagi hujan, tetapi pada waktu petang cuaca sangat memberikan kerjasama untuk bermain sukaneka dan sempat Ber-BBQ pada waktu malam.

Terima kasih kerana memilih Pantai Perkasa Chalet sebagai destinasi untuk mengadakan Hari Keluarga.

Setakat ini sudah banyak department daripada HUSM bertandang kesini untuk mengadakan Hari Keluarga.

Pihak kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan daripada pihak kami dan InsyaAllah kami akan perbaiki dari semasa ke semasa.

Akhir kata terima kasih
Kalau ada sumur diladang boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi InsyaAllah.

PERKHEMAHAN AMALI SAINS SUKANPada tarikh 24-25 September 2025 telah berlangsungnya perkhemahan amali sains sukan daripad...
26/09/2025

PERKHEMAHAN AMALI SAINS SUKAN

Pada tarikh 24-25 September 2025 telah berlangsungnya perkhemahan amali sains sukan daripada Tingkatan 6 SMK Dato' Perdana.

Perkhemahan telah berlangsung selama 2hari 1malam di Pantai Perkasa Chalet.

Berbanyak terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Ayu dan cikgu-cikgu lain yang memilih tempat kami sebagai tempat untuk perkhemahan ini.

Walaupun waktu yang singkat, diharapkan semua yang terlibat mendapat manfaat dan jangan serik untuk datang 'camping' lagi ditempat kami.

Pihak kami ingin meminta maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan daripada pihak kami.

Untuk pertanyaan tentang perkhemahan, kem, boleh direct messenger pihak kami.

Kem Kecemerlangan SMU selama 3hari 2malam
24/09/2025

Kem Kecemerlangan SMU selama 3hari 2malam

SYUKUR ALHAMDULILLAHTetamu yang menginap berpuas hati dengan Pantai Perkasa Chalet.Allah yang memudahkan dan melancarkan...
25/07/2025

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Tetamu yang menginap berpuas hati dengan Pantai Perkasa Chalet.

Allah yang memudahkan dan melancarkan semuanya.

Kalu rasa sedap duduk, royak ko saing² woreh waroh marilah buat Family Day atau kkeloh sini.
Kalu ada hok tak sedap, bbisik kito slow² kita bekki mano patut hok tak keno.

Untuk makluman chalet kami ada 3 jenis bilik yang berlainan harga bermula dengan RM120/night.

Tempat BBQ disediakan percuma(First come first serve)
Kolam mandi (Dibuka dari 8pagi - 7petang)

KEM KEPIMPINAN & JATI DIRI MADANI | PEMIMPIN MUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN.Berlangsungnya Kem Kepimpinan dan Jati Diri ...
09/07/2025

KEM KEPIMPINAN & JATI DIRI MADANI | PEMIMPIN MUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN.

Berlangsungnya Kem Kepimpinan dan Jati Diri Madani selama 3hari 2malam melibatkan empat buah sekolah.

Sekolah yang terlibat ialah SK Kolam, Bachok, SK Danan, Pasir Puteh, SK Seri Kg. Laut, Tumpat, SK Sri Melor, Kota Bharu.

Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan cikgu-cikgu dari berbagai daerah kerana memilih tempat kami sebagai kem kepimpinan Madani.

Kepada cikgu-cikgu atau sekolah yang berminat untuk membuat kem disini boleh la dm kami untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih SRITI Al-Furqan Tanah Merah memilih Pantai Perkasa Chalet.Program yang berlangsung selama 3hari 2malam ini ...
23/05/2025

Terima Kasih SRITI Al-Furqan Tanah Merah memilih Pantai Perkasa Chalet.

Program yang berlangsung selama 3hari 2malam ini dipenuhi dengan program² ilmiah daripada para ustaz dan ustazah.

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh lain kali datanglah lagi.
__________________________________________
Untuk sebarang tempahan bilik untuk;
Family Day,
Kem Jati Diri Sekolah Rendah atau Menengah, Universiti, Kolej, Politeknik
Atau
Untuk berkumpul bersama saudara mara dan kawan² boleh tekan link dibawah

https://www.wasap.my/60139197256/NakTanyaBilik

HARI KELUARGA ABDULLAH YASOK.Alhamdulillah 2-4 April 2025 berlangsungnya Family Day keluarga besar Abdullah Yasok di Pan...
04/04/2025

HARI KELUARGA ABDULLAH YASOK.

Alhamdulillah 2-4 April 2025 berlangsungnya Family Day keluarga besar Abdullah Yasok di Pantai Perkasa Chalet.

Terima kasih kerana memilih tempat kami sebagai destinasi untuk berkumpul dan mengeratkan silatulrahim sempena cuti panjang Hari Raya Aidilfitri ini.

Ada 2-3 orang ahli keluarga yang sudah pernah datang dan menginap disini sebelum ini, dan repeat lagi pada Hari Keluarga ini.

Pihak kami di Pantai Perkasa Chalet juga ingin meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kesalahan daripada pihak kami sepanjang Family Day ini berlangsung.
InsyaAllah kami akan terus memperbaiki kesilapan dan kekurangan dari semasa ke semasa.

Akhir kata terima kasih daun keladi, ada masa silalah datang lagi.

Untuk sebarang urusan booking terutamanya untuk weekend boleh terus tekan link dibawah👇🏼👇🏼
https://www.wasap.my/60139197256/NakTanyaBilik

JUMAAT | 7 FEBRUARI 2025Alhamdulillah hari ini group daripada "Family Ayah Soh" dan "Geng SPM SMA Maahad Ar Rahmah Kenal...
08/02/2025

JUMAAT | 7 FEBRUARI 2025

Alhamdulillah hari ini group daripada "Family Ayah Soh" dan "Geng SPM SMA Maahad Ar Rahmah Kenali" menginap di Chalet.

Terima kasih kepada Keluarga Besar Ayah Soh atau Generasi Ayah Soh kerana memilih tempat kami untuk bersilatulrahim dan berkumpul adik beradik, sepupu sepapat, pak sedara mak sedara. Datang jauh dari Kuala Krai dan yang penting kambing bakar meme umphhh.

Dan terima kasih tidak terhingga juga kepada bakal-bakal Ustaz daripada Maahad Ar Rahmah Kenali Kubang Kerian kerana sudi bertamu disini. Dapat 'berkubang' didalam kolam sambil mendengar lagu-lagu nasyid. Nampak semua happy bila SPM dah berlalu. Semoga ikatan persahabatan terus kekal.

Pihak kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan daripada pihak kami. InsyaAllah kami akan baiki kelemahan kami dari semasa ke semasa untuk keselesaan pelanggan kami pada masa yang akan datang.

P/s: Ore jate bab ambik gambar kalu tidok 👍🏼, mesti ✌🏼

Kem Al Quran Tingkatan 1 dan 2 Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat, Beta Hulu MachangAlhamdulillah Khamis&Jumaa...
08/11/2024

Kem Al Quran Tingkatan 1 dan 2 Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat, Beta Hulu Machang

Alhamdulillah Khamis&Jumaat 7/11/2024-8/11/2024,
kami menerima kunjungan dari adik adik Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat, Beta Hulu Machang, semoga adik adik berjaya dunia dan akhirat,

Pihak chalet amat berbesar hati dengan kedatangan pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat, Beta Hulu Machang, kami sangat mengalu alukan program program sebegini,

Terima kasih dan semoga ukhwah yang terbina disini kekal berpanjangan🤲🏻

Address

LOT 226 KAMPUNG SUNGAI DUA
Kampong Bachok
16310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pantai Perkasa Chalet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category