19/09/2026
🌷 TERIMA KASIH & PENGHARGAAN 🌷
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pihak SRITI JELI kerana telah memilih Dewan Qas Hotel, Bukit Bunga sebagai lokasi bagi KEM MUMTAZ UPSRITI yang berlangsung pada 4 & 5 September 2026.
Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada program yang penuh dengan ilmu, pembentukan sahsiah dan semangat kebersamaan ini. 🤍
Semoga program yang dianjurkan berjalan dengan lancar dan memberi manfaat serta kenangan yang bermakna buat semua peserta.
Terima kasih kerana mempercayai Qas Hotel.
Insya-Allah, kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan pada masa akan datang. 🌹
📍 Qas Hotel, Bukit Bunga
“Keselesaan Anda, Keutamaan Kami.”