Maahad Tahfiz Raudahtul Nur Iman ijok

Maahad Tahfiz Raudahtul Nur Iman ijok Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani dan Murobbi

الحمدلله على كل حال.Syukur alhamdulillah. Mereka akan balik ke Medan tempat mereka beramal & lakukan segala apa Yang mer...
20/04/2023

الحمدلله على كل حال.

Syukur alhamdulillah. Mereka akan balik ke Medan tempat mereka beramal & lakukan segala apa Yang mereka belajar di Maahad Tahfiz Raudahtul Nur Iman ijok ❤️

Jutaan Terima kasih kepada semua PARA PENYUMBANG/PERINFAQ & PEWAKAF Yang sponsored dari segi duit makanan berbuka , moreh,sahur dan al quran. Alhamdulillah amanah Dato,datin Tuan-puan semua Kami jalankan semoga Allah SWT terima & redha semuanya. Semua berjalan dengan lancar anak-anak syurga maahad tahfiz semuanya HAPPY. Semoga kegembiraan yang dirasai mereka Allah SWT mengampuni serta mengqabulkan segala hajat Tuan Puan semua Di dunia Dan akhirat.❤️🥰

Hanya Allah SWT mampu membalas segala-galanya.

جزاكم الله خيرا كثيرا.





بسم الله الرحمن الرحيم 🌹5hb April 2023 ( Rabu )Alhamdulillah✨Hari ini , Maahad Tahfiz Raudahtul Nur Iman ijok  telah men...
05/04/2023

بسم الله الرحمن الرحيم 🌹

5hb April 2023 ( Rabu )

Alhamdulillah✨Hari ini , Maahad Tahfiz Raudahtul Nur Iman ijok telah menerima Ustaz jemputan pelepasan dari Yaman dan akan menginap dalam beberapa hari di Maahad kami insya-Allah.

Fokus utama ini bagi untuk menyampaikan ilmunya yang dipelajari kepada anak-anak tahfiz 🥰.

Semoga dengan pertemuan ini mendapat berkat dan redha Allah S.W.T🤲🏻.

خير الناس أنفعهم للناس
" Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia "
(HR Ibn Hibban)

Sesiapa yang tidak pernah mengecapi pahit getir menuntut ilmu walaupun seketika, maka ia akan terjerumus ke dalam kehina...
05/04/2023

Sesiapa yang tidak pernah mengecapi pahit getir menuntut ilmu walaupun seketika, maka ia akan terjerumus ke dalam kehinaan kejahilan seumur hidupnya.

- Imam Syafi’e -

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Kepada YBHG Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan Dunia akhirat InshaAllah 🤲🏻
25/03/2023

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Kepada YBHG Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan Dunia akhirat InshaAllah 🤲🏻

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*Kepada YBHG Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,*🔊MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN BERSAMA MA’AHA...
22/03/2023

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Kepada YBHG Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,

*🔊MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN BERSAMA MA’AHAD TAHFIZ RAUDHATUL NUR IMAN☺️*

PELUANG UNTUK AMAL JARIAH RAMADHAN ✨

Semoga Allah SWT mempertemukan kita semua dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan.

Adalah dimaklumkan bahawa Ma’ahad tahfiz Raudhatul Nur Iman sedang membuka peluang kepada Tan sri/Dato’/Tuan/Puan untuk memberi sumbangan bersempena dengan datangnya bulan Ramadhan.
Sumbangan ini bertujuan untuk menaja keperluan kepada pelajar-pelajar tahfiz seramai 10 orang pelajar termasuk tenaga pengajar.

⏩Kos perbelanjaan untuk 1 hari Ramadhan (10 Orang) RM150 Sahaja

Sumbangan Tan sri/Dato/Tuan/Puan boleh diberikan dalam bentuk secara tunai atau boleh disalurkan terus ke akaun Ma’ahad iaitu :

💳 (Ambank) 8881015746633 Maahad Tahfiz Raudhatul Nur Iman

Mohon sertakan resit sumbangan kepada :
(Ustaz Abdul Aziz) 😊
http://www.wasap.my/60176526312/SumbanganTahfiz

Semoga usaha yang murni ini akan meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Al-Quran dan mereka yang menjaga amanah ini . Semoga Allah mencurahkan keberkatan kepada rezeki yang telah kita sumbangkan untuk program ini. Ameen Ya Rabbal’aalamin.

*Noted:* sekiranya nama pada hari tersebut telah ditempah terlebih dahulu pihak kami akan tentukan dan catat pada hari yang masih belum dipenuhkan.

Sekian Terima Kasih🥰

Semoga ada rezeki untuk anak-anak tahfiz 🤲🏻Terima kasih diucapkan kepada pihak masjid Nurul Iman kampung Ijok🥰
02/03/2023

Semoga ada rezeki untuk anak-anak tahfiz 🤲🏻

Terima kasih diucapkan kepada pihak masjid Nurul Iman kampung Ijok🥰

بسم الله الرحمن الرحيم ✨KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN OLEH ADIK *TENGKU AHMAD SIRAJUL MUNEER* 👳🏻‍♀️• اَللهُمَّ صَلِّ ...
24/06/2022

بسم الله الرحمن الرحيم ✨

KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN OLEH ADIK *TENGKU AHMAD SIRAJUL MUNEER* 👳🏻‍♀️

• اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.🌹

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT seorang lagi adik TENGKU AHMAD SIRAJUL MUNEER telah berjaya mengkhatamkan Hafazan Al-Quran 30 Juzuk pada hari ini, menamatkan Hafazan Al-Quran dalam tempoh 5 tahun.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Kami di sini mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dapat menjaga Kalamullah dan seterusnya dapat mentadabbur ayat Al-Quran.

Semoga dengan kejayaan ini dapat memberi inspirasi dan sumber semangat kepada pelajar yang ada dan seluruh umat Nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam. Allahumma Aamiin.

Amin Ya Mujib 🤲🏻

💠TEMPOH HAFAZAN: 5TAHUN
💠UMUR:18 TAHUN
💠TARIKH:24 JUNE 2022 JUMAAT BERSAMAAN 24 ZULKAEDAH
💠TEMPAT:MA'AHAD TAHFIZ
RAUDHATUL NUR IMAN IJOK

Terima kasih  kepada tuan rumah bonda coffee kerana sudi menjemput kami ke majlis bacaan doa selamat. Semoga apa yang di...
24/06/2022

Terima kasih kepada tuan rumah bonda coffee kerana sudi menjemput kami ke majlis bacaan doa selamat.

Semoga apa yang diniatkan & dihajatkan dimakbulkan serta mendapat keberkatan di sisinya.

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2022 KINI DIBUKA ! …………………………………………………………………………….PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU KE ...
31/05/2022

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2022 KINI DIBUKA !

…………………………………………………………………………….

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU KE MAAHAD TAHFIZ NURUL IMAN SESI 2022 KINI DIBUKA !

Maahad Tahfiz Nurul Iman menawarkan pengajian Al-Quran sepenuh masa

Cara Pendaftaran
1. Tekan link Whatsapp atau boleh terus hubungi sebarang pertanyaan & maklumat lanjut :

http://www.wasap.my/601114325716/KemasukanPelajarBaruBanin Puan Zaharah (Mudirah)

http://www.wasap.my/60142619596/KemasukanPelajarBaruBanin Tuan
Rafie (Mudir)

http://www.wasap.my/60176526312/KemasukanPelajarBaruBanin Abdul Aziz ( Ustaz)

_Semoga Dapat Melahirkan Lebih Ramai Lagi Huffaz Yang Berjaya Pada Masa Akan Datang insya-Allah👳🏻‍♀️✨.._

⚠MOHON DISEBARKAN !!! 📲

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*Kepada YBHG Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,*🔊MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN BERSAMA MA’AHA...
23/03/2022

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Kepada YBHG Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,

*🔊MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN BERSAMA MA’AHAD TAHFIZ RAUDHATUL NUR IMAN*

PELUANG UNTUK AMAL JARIAH✨

Semoga Allah SWT mempertemukan kita semua dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan.

Adalah dimaklumkan bahawa Ma’ahad tahfiz Raudhatul Nur Iman sedang membuka peluang kepada Tan sri/Dato’/Tuan/Puan untuk memberi sumbangan bersempena dengan datangnya bulan Ramadhan.
Sumbangan ini bertujuan untuk menaja sahur, iftar dan moreh kepada pelajar-pelajar tahfiz seramai 15 orang pelajar termasuk tenaga pengajar.

🍚IFTAR
🌯MOREH
🥘SAHUR

⏩Kos perbelanjaan untuk 1 hari (15 Orang) *RM100 Sahaja*

Sumbangan Tan sri/Dato/Tuan/Puan boleh diberikan dalam bentuk secara tunai atau boleh disalurkan terus ke akaun Ma’ahad iaitu :

*💳 (Ambank) 8881015746633 Maahad Tahfiz Raudhatul Nur Iman*

Mohon sertakan resit sumbangan kepada :
*Ustaz Abdul Aziz*
*0176526312*

Semoga usaha yang murni ini akan meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Al-Quran dan mereka yang menjaga amanah ini . Semoga Allah mencurahkan keberkatan kepada rezeki yang telah kita sumbangkan untuk program ini. Ameen Ya Rabbal’aalamin.

*Noted:* sekiranya nama pada hari tersebut telah ditempah terlebih dahulu pihak kami akan tentukan dan catat pada hari yang masih belum dipenuhkan.

Sekian Terima Kasih🥰

*بسم الله الرحمن الرحيم ✨KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN OLEH ADIK MUHAMMAD SYAFIQ BIN SYARIFUDDIN👳🏻‍♀️• اَللهُمَّ صَلِ...
09/02/2022

*بسم الله الرحمن الرحيم ✨

KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN OLEH ADIK MUHAMMAD SYAFIQ BIN SYARIFUDDIN👳🏻‍♀️

• اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.🌹

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT seorang lagi adik *MUHAMMAD SYAFIQ BIN SYARIFUDDIN* telah berjaya mengkhatamkan Hafazan Al-Quran 30 Juzuk pada hari ini, menamatkan Hafazan Al-Quran dalam tempoh 5 tahun.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua ibubapa, keluarga dan seluruh barisan Asatizah yang bertungkus lumus mendidik para pelajar di sini.

Kami di sini mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dapat menjaga Kalamullah dan seterusnya dapat mentadabbur ayat Al-Quran.

Semoga dengan kejayaan ini dapat memberi inspirasi dan sumber semangat kepada pelajar yang ada dan seluruh umat Nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam. Allahumma Aamiin.

Amin Ya Mujib 🤲🏻

💠TEMPOH HAFAZAN: 5TAHUN
💠UMUR:23 TAHUN
💠TARIKH:9 FEBRUARI 2022 RABU BERSAMAAN 7 REJAB
💠TEMPAT:MA'AHAD TAHFIZ
RAUDHATUL NUR IMAN IJOK


Address

Kampong Ijok
45600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Raudahtul Nur Iman ijok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category