Peraturan D'Villa Homestay
1) Dilarang menggunakan tuala yang disediakan sebagai pengelap kaki. Hanya untuk kegunaan mengelap tubuh sahaja.
2) Sila pastikan setiap barangan anda tidak tertinggal di homestay semasa check out. Harap segala barangan anda yang tertinggal dapat dihalalkan dan menjadi tanggungjawab pihak homestay untuk memanfaatkannya jika berguna dan akan dilupuskan jika tidak perlu
.
3) Hanya orang islam sahaja dibenarkan menginap dengan menyewa homestay.
4) Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah. Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, g***a, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
5) Menjaga Kebersihan di dalam dan di luar rumah.
6) Sila buang sampah/sisa ke dalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
7) Sila cuci atau basuh dan kembalikan ke tempat asal semua peralatan pinggan-mangkuk yang telah anda gunakan.
8) Sila jemur tuala atau pakaian basah di ampaian yang disediakan di hadapan rumah kediaman homestay.
9) Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.
10) Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan teratur.
11) Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di rumah kediaman ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.
12) Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan pagar dikunci, samada ketika anda sedang berada di rumah, mahupun apabila anda meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kejadian atau kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.
13) Bilik air ~ Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Laporkan sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku. Wang cengkeram (sekiranya ada) anda mungkin dikira sebagai gantirugi/pampasan ke atas kerosakan/kejadian tersebut yang berlaku akibat kecuaian/kelalaian anda.
14) Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum anda check-out.
15) Sebarang perubahan tarikh hendaklah diberitahu seminggu awal bagi mengelakan kesulitan pihak homestay.
16) Duit DEPOSIT tidak akan di pulangkan jika pihak anda hendak membatalkan tarikh penginapan di D'villa Impian.
**Ketika anda hendak tinggalkan rumah kediaman ini, pastikan anda didalam keadaan selesa dan nyaman jika tidak laporkan kepada tuan rumah kediaman. Ketika checkout pastikan persekitaran rumah kediaman didalam keadaan bersih seperti semasa anda mula memasukinya.
~ TERIMA KASIH ~
Alhamdulillah
Keselesaan & Kepuasan Anda Adalah Diutamakan.
^^ Selamat Menikmati penginapan bersama keluarga di D'villa Impian ^^