Midon&Jualan Produk Muslim Sp

Midon&Jualan Produk Muslim Sp Perkhidmatan sewa Lori seluruh semenanjung Malaysia

06/03/2023

Semua orang pernah buat salah dan silap.
Saya sendiri pernah buat salah.
Ada sekali tu saya ada program forum di Kedah. Program habis lewat. Awal pagi esoknya jadual saya di Sri Pentas TV3.

Selesai makan-makan apa semua, pukul 12 malam lebih baru balik homestay.

Saya letak kepala sekejap sebab betul-betul penat. Cadangnya nak baring-baring sekejap saja dan kemudiannya terus bertolak balik KL.
Apa yang berlaku, saya terlelap. Sedar-sedar dah pukul 2.00 pagi.

Kelam kabut kemas barang, pecut ke KL. Tak balik ke rumah dah, terus ke Sri Pentas TV3.

Sampai di Sri Pentas, semua dah bersedia. Saya duduk dan pasang mic terus mulakan program.
Nak dijadikan cerita.

Masa baca satu ayat Al-Quran, saya tersilap baca terjemahan. Terlalu letih dan kelam kabut kan. Fikiran pun tak dapat nak fokus.

Awalnya saya tak sedar pun salah baca terjemahan tu hinggalah habis program. Tak lama lepas tu saya dapat satu panggilan telefon dari seorang guru agama yang agak terkenal di Malaysia.

“Assalamualaikum, ustaz.”

Saya pun jawab,

“Waalaikumsalam.”

Kemudian dia sambung,

“Ambo ni peminat Ustaz. Ambo selalu dengar ustaz bagi ceramah. Apa saja ustaz cakap, ambo tulis terutamanya bahagian tip. Ambo s**a dengar ceramah ustaz.”

“Tapi.., ustaz salah baca terjemahan ayat Al-Quran dalam ceramah kat TV pagi tadi. Ayat tu dah betul tapi terjemahan tu ustaz salah sebut. Ustaz sebut terjemahan surah lain.”

Astaghfirullah… baru saya sedar saya salah baca terjemahan.
Takdir Allah, waktu tu program Tanyalah Ustaz ni dibuat bersiri. Esoknya saya ada sesi live lagi. Jadi dapatlah saya bagitau penonton saya ada buat salah pada terjemahan ayat.

Alhamdulillah.

Allah hadirkan orang bijak pandai untuk betulkan kesilapan saya.
Tuan puan yang dirahmati Allah.

Kita ni manusia biasa. Bukan nabi yang bersifat maksum. Kita sangat terdedah dengan dosa dan kesilapan.

Bila sedar ada buat salah, apa perlu kita buat?

Pertama, MENGAKU SILAP.

Betul tuan puan. Terima dan akui kesilapan yang kita dah buat. Ikhlaskan hati dan sedar bahawa kita manusia biasa, hanya Allah yang Maha Sempurna.
Kedua, MOHON MAAF.

Mohon maaf atas salah silap kita. Jika kita berbuat dosa pada Allah, ucaplah astaghfirullah. Bertaubat, mohon ampun

Kalau kita berbuat salah kepada manusia p**a, mohon maaf pada orang yang terlibat. Jangan malu, takut atau segan.

Orang yang berani minta maaf adalah orang yang hebat serta kuat jiwanya.
Ketiga, BETULKAN.

Perbetulkan apa yang salah. Berusaha agar apa yang tak kena dilurus dan dibetulkan. Kembalikan apa yang salah kepada keadaan yang baik.
Tuan puan,

Hebatnya seseorang manusia adalah bila dia mengakui serta menerima kesalahan. Nabi Adam a.s sendiri pernah berbuat salah tapi baginda bertaubat dan mengikut apa yang Allah perintah serta meninggalkan larangan Allah.

Manusia memang tak sempurna.

Tapi dia sedang menuju ke jalan yang sempurna bila mengaku silap dan bertaubat bila terjatuh ke lorong yang salah.

Salam...Jom yang nak oder Biskut Planta Masjid Tinggi (Rangup Dan Sedap)&TopKoko..boleh hubungi@ Ws 0149435710
16/10/2020

Salam...Jom yang nak oder Biskut Planta Masjid Tinggi (Rangup Dan Sedap)&TopKoko..boleh hubungi@ Ws 0149435710

Acar Ikan talang,Pasti Sedap Rm10.00 sahaja
24/07/2020

Acar Ikan talang,Pasti Sedap Rm10.00 sahaja

Madu asli Pahang Rm30.00 biasa,Rm50.00 tualang..
24/07/2020

Madu asli Pahang Rm30.00 biasa,Rm50.00 tualang..

Gel mandian bidara,minyak angin(sangat Baik utk lenguh2 Dan urutan bahagian stroke dan perfeum sapu untuk anak2 baru lah...
24/07/2020

Gel mandian bidara,minyak angin(sangat Baik utk lenguh2 Dan urutan bahagian stroke dan perfeum sapu untuk anak2 baru lahir(dijauhkan dari gangguan)Produk bidara ini telah dirukyah,simpan ditempat yg tinggi supaya tidak dilangkah.InshaAllah.

Assalamu'alaikum..towel hotel berkualiti,
24/07/2020

Assalamu'alaikum..towel hotel berkualiti,

Address

Kampong Kuala

Telephone

+60149435710

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Midon&Jualan Produk Muslim Sp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share