29/10/2024
Aku cuma sampai DG 54 jer.. Alhamdulillah.. Tu pun dah senget n loose here n there..
Seorang rakan saya baru naik pangkat dari gred 54 kepada Jusa C (sektor kerajaan).
Kawan-kawan satu batch beliau ramai yang masih di takuk gred 54 dan beliau paling awal naik pangkat. Seperti biasa apabila naik pangkat, kawan-kawan rapat akan ‘pester’ (desak) untuk belanja makan di restoren. Akhirnya beliau ‘terpaksa’ akur membawa 6 orang rakan rapat ke restoren steak yang femes.
Apabila menu sampai, beberapa orang dari mereka bukan memilih jenis steak, tetapi memiliih mana dish terpaling mahal. Tanpa malu mereka order steak Wagyu berharga RM600 kerana ada orang lain bayarkan. Dua orang rakan lain terasa malu dan hanya order steak berharga RM60 sahaja.
Apabila bil sampai rakan saya terpaksa bayar bil RM3,000 kena ‘sembe.lih’ dengan rakan-rakan beliau. Bajet rakan saya hanya setakat RM200~RM300 sahaja.
Beliau mengadu kepada saya bagaimana rakan-rakan beliau sanggup berbuat sedemikian kerana jaki (iri hati) beliau dapat naik pangkat dulu. RM3,000 untuk seronok makan-makan adalah satu pembaziran besar pada beliau.
Saya sendiri pernah ‘terkena’ belanja kawan di kedai nasi kandar Line Clear.
Beliau memilih seekor udang paling besar dan sotong mega, walhal saya hanya makan ayam ros sahaja. Terkedu jugalah saya membayar bilnya. Bukan kedekut, tetapi berpada-pada berbelanja melayan nafsu perut.
Moral of the story
Berakhlak dan beradablah, 'don't take advantage of mild mannered friends'. Berpada-padalah order bila ada kawan nak belanja kita. Jangan ambil kesempatan atas kemurahan hati beliau.
Kredit: FB Ir Hj Zainuddin Bin Hj Omar