07/10/2021
Selamat Datang ke Kepayang Chalet π,
Chalet yang berkonsepkan alam semula jadi. Chalet terletak di dalam kawasan kebun buah-buahan dan dikelilingi pohon-pohon yang menghijau. Janda Baik terletak di kawasan tanah tinggi. Oleh itu, cuaca pada siang hari tidak berapa panas dan pada malam harinya p**a aman dan dingin.
Dihadapan chalet, terdapat anjung yang luas dan beratap. Dilengkapi dengan meja dan kerusi. Sesuai untuk tetamu yang berkeluarga.
Dihadapannya juga terdapat kawasan lapang yang boleh digunakan untuk membuat aktiviti keluarga. Boleh juga digunakan untuk membuat gathering kecil-kecilan. Chalet juga menyediakan tempat bbq untuk kegunaan tetamu.
Lampu dipasang sekeliling chalet agar kawasan menjadi terang dan cerah pada waktu malam.
Perjalanan ke sungai dari Kepayang Chalet mengambil masa lebih kurang 2-3 minit dengan menaiki kenderaan. Oleh itu, kami telah menyediakan kolam mandi bersebelahan dengan chalet untuk kegunaan tetamu.
Didalam kawasan chalet, terdapat gerai makanan yang menjual makanan seperti, bakso, roti bakar, keropok lekor, minuman panas dan sejuk. Kepayang Chalet juga terletak berhampiran dengan kedai-kedai makanan yang lain yang jauhnya hanya beberapa meter.
Janda Baik terletak berhampiran dengan pusat peranginan seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi Resort. Dimana perjalanan ke tempat tersebut mengambil masa kurang dari 1 jam. Oleh itu, Kepayang Chalet amatlah sesuai untuk menjadi tempat penginapan jika tetamu ingin berkunjung ke tempat tersebut.
Jikalau anda berminat untuk menginap di kepayang Chalet, sila hubungi nombor hp, 019-3052435 / 012-2358196.
Kehadiran anda adalah kegembiraan kami π