Aloha Chalet

Aloha Chalet Inspirasi destinasi untuk penginapan anda. keselesaan pelanggan keutamaan kami.

Jiran adalah keluarga Mereka adalah jiran satu taman. Hubungan yang akrab mereka mengambil masa yang terluang menginap d...
18/04/2026

Jiran adalah keluarga

Mereka adalah jiran satu taman. Hubungan yang akrab mereka mengambil masa yang terluang menginap di aloha chalet. Seronok dapat jiran macam ni.

Kalau anda cari tempat untuk kumpul ramai-ramai dengan vibe santai + eksklusif… inilah tempatnya.
📍 Booking cepat sebelum penuh!

17/01/2026

Team building pertama untuk tahun 2026. Terima kasih kepada EUDEN Technology

Tahniah diucapkan kepada wakil Sekolah Kebangsaan Kampung baharu yang telah memenangi tempat pertama dalam kejohanan suk...
12/12/2025

Tahniah diucapkan kepada wakil Sekolah Kebangsaan Kampung baharu yang telah memenangi tempat pertama dalam kejohanan sukan bola baling peringkat daerah pada tahun ini. Terima kasih juga pada Cikgu yang membimbing mereka Cikgu Hasbi dan pada masa yang sama mengambil inisiatif sendiri untuk membawa pelajar ini menginap di tempat kami.

Bunga mawar segar berseri,
Harum mewangi di waktu pagi.
Ilmu cikgu kami hargai,
Jasa cikgu kekal di hati.

01/11/2025

Team PKBM SMK Seri Nering, Besut memang terbaik. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang berkorban masa dan tenaga menjayakan program kali ni di tempat kami.

Bahkan ini adalah kali kedua kami menerima kunjungan daripada sekolah SMK Seri Nering

Kenangan dan masa yang diluangkan bersama tu akan kekal di ingatan dan akan di kenang sampai bila-bila.

31/10/2025

Terima kasih kepada Malaysia pro cycling team HELAZ yang menginap di tempat kami.

Tour Gateh D'Tranung sedang berlangsung sekarang di Besut. Mereka juga adalah salah satu team yang bertanding pada hari ni. Sesiapa yang memang kaki berbasikal boleh follow FB Tour Gateh D'Tranung . Saksikan siaran langsung untuk aksi berbasikal kali ni di platform FB tersebut.

06/10/2025

Terima kasih kepada pengetua dan cikgu-cikgu Sekolah Rendah Tengku Mahmud 2 yang telah menjayakan program ni untuk murid PPKI.

Budi cikgu tak terbalas,
Ilmu dicurah tanpa jemu,
Kasihmu kekal sepanjang kelas,
Jasa mu harum sepanjang waktu.

🌊✨ Memang seronok kalau dapat kumpul ramai-ramai macam ni di Aloha Chalet! Tempat selesa, luas, dan sesuai sangat untuk ...
21/09/2025

🌊✨ Memang seronok kalau dapat kumpul ramai-ramai macam ni di Aloha Chalet! Tempat selesa, luas, dan sesuai sangat untuk family day, reunion, atau bercuti dengan yang tersayang. 🏡💖

Tak perlu fikir jauh-jauh, kat sini semua cukup lengkap — tinggal datang bawa keluarga & enjoy! 😍

Singgah sebentar di tepi pantai,
Hilangkan penat rasa bergema,
Aloha Chalet pilihan yang santai,
Kenangan indah kekal bersama. 🌴🌸

30/08/2025

Ride Relax Repeat

Program Merdeka Ride 2025 daripada Team Polis Penjara Dungun di Aloha Chalet. Semua peserta mengenakan jersey bertema merah dengan corak bendera Malaysia, memberi semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan. Terima kasih atas perkhidmatan mereka terhadap negara kita

MAKNA ialah singkatan bagi Majlis Kanser Nasional Malaysia. Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dit...
22/08/2025

MAKNA ialah singkatan bagi Majlis Kanser Nasional Malaysia. Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dengan tujuan utama untuk membantu pesakit kanser dan keluarga mereka, serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kanser.

MAKNA ialah organisasi yang berfungsi sebagai “jambatan harapan” untuk pesakit kanser di Malaysia, sama ada melalui bantuan kewangan, sokongan emosi, mahupun kesedaran masyarakat.

Kali ni mereka ada program di Besut dan memilih untuk menginap di Aloha Chalet .

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti

Address

Lot 1946, Jalan Bukit Keluang
Kampung Raja
22200

Telephone

+60184704402

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aloha Chalet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aloha Chalet:

Share

Category