13/02/2026
NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN PERSIMPANGAN JALAN SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN, TAHUN BAHARU CINA DAN BULAN RAMADHAN
Adalah dimaklumkan bahawa Persimpangan Gulang-Gulang, Kuala Selangor akan ditutup sepenuhnya menggunakan ‘Concrete Barrier’ (CB) dan lampu isyarat dalam mod ‘Amber’ bagi memastikan kelancaran dan keselamatan aliran trafik sempena cuti persekolahan, Tahun Baharu Cina dan Bulan Ramadhan, mengikut ketetapan berikut:
Tarikh Penutupan:
Mula : 12 Februari 2026 (Jam 10.00 malam)
Tamat : 23 Februari 2026 (Jam 12.00 tengah hari)
PERSIMPANGAN BERLAMPU ISYARAT DALAM MOD “AMBER”
Selain itu, Persimpangan Hospital Lama, Tanjong Karang berlampu isyarat akan ditetapkan dalam mod ‘Amber’ (Lampu Kuning Berkelip) bagi tujuan kawalan trafik seperti berikut:
Tempoh Pelaksanaan:
Mula : 13 Februari 2026 (Jam 10.00 pagi)
Tamat :23 Februari 2026 (Jam 12.00 tengah hari)
LALUAN ALTERNATIF
Dari arah Klang ke Teluk Intan:
Pengguna jalan raya boleh menggunakan Laluan FT54 (Kuala Selangor) melalui Kuala Lumpur – Jalan Kelab Golf – Jalan Kuala Selangor–Rawang (Bestari Jaya) – Jalan Kampung Hang Tuah – Jalan Timur Tambahan (Sungai Tengi) – susur keluar Bukit Tagar.
Dari arah Teluk Intan ke Klang:
Pengguna jalan raya boleh melalui Jalan Parit 4 – Jalan Terusan Utama – Jalan Tanjong Karang–Rawang – Jalan Raja Musa – Jalan Kuala Selangor–Rawang (Bestari Jaya) – Ijok – Meru.
Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi papan tanda dan arahan keselamatan, serta mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang tempoh penutupan ini.
Kerjasama dan kesabaran semua pihak amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Pejabat JKR Daerah Kuala Selangor
☎ 03-3289 1173 / 1040
✉ [email protected]
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia