21/07/2025
NOTIS MAKLUMAN KEPADA PELANGGAN/PENGUNJUNG TINUNON SURVIVAL CAMP
Adalah dimaklumkan bahawa buat masa ini akses ke Tinunon Survival Camp mengalami gangguan berikutan kerosakan jalan masuk utama akibat hujan lebat berterusan yang telah menyebabkan jambatan gantung perhubungan utama hanyut dibawa arus banjir.
Sehubungan itu, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk memindahkan aktiviti pengunjung ke lokasi alternatif iaitu Bandukan Eco Park bagi menjamin keselamatan dan keselesaan semua pihak.
Bagi pengunjung yang masih berminat untuk teruskan aktiviti berkhemah di Tinunon Survival Camp, anda boleh menggunakan jalan alternatif yang sedia ada, iaitu:
1. Menyeberangi sungai secara manual (jika keadaan air selamat); atau
2. Menggunakan laluan hiking sepanjang lebih kurang 1 kilometer.
Laluan ini memerlukan anda untuk:
• Meletakkan kenderaan di Taman Awam berhampiran,
• Menyeberangi jambatan gantung yang tersedia,
• Menuruni bukit dan menyeberangi anak sungai,
• Melalui laluan landai yang dikelilingi hutan tropika.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai sokongan anda. Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak pengurusan.
Pihak Pengurusan
Tinunon Survival Camp
P/s
Call at +60 14 2825 502
Bandukan eko park
Send a message to learn more