03/10/2023
Sekalung Bakti, Segunung Intan
Aprisiasi kepada yang berbakti
S: Boleh puan ceritakan serba sedikit latar belakang puan, dan bagaimana puan bermula berkhidmat di Putra Villas Bertam?
M: Nama saya Nur Shamira bt. Shahidan, umur 29 tahun, asal dari Penaga, dan graduan Diploma Kejuruteraan Awam. Sekarang merupakan ibu kepada 3 cahaya mata. Saya asalnya bekerja sebagai Penyelia Bangunan dibawah syarikat NJB yang sebelum ini bertanggungjawab menyelia Putra Villas, sehinggalah saya diserap masuk secara permanent oleh Pengurusan PV selepas kontrak syarikat NJB tidak disambung.
S: Oo..orang hebat ni memang selalunya orang yang pelawa dia kerja..
M: π€£ Mana ada... cuma mungkin, Alhamdulillah.. rezeki saya di PV. Bukan saya seorang ja, kawan saya Wani pun turut diserap masuk sama.
S: Semenjak dari 2018 bekerja di Putra Villas Bertam ni, mesti banyak pengalaman yang dikutip. Boleh tak ceritakan pengalaman pahit sepanjang berkhidmat di PV?
M: Awat tanya yang pahit dulu??? π
S: Saja la... setiap tempat pasti ada pahit manisnya.. tanya hat pahit dulu, satgi saya tanya hat manis pulak π€
M: Kenangan pahit.... kes owner mengamuk. Sepanjang kerja disini ada la beberapa insiden kes beberapa owner datang ke Office dan mengamuk tak tentu pasal π
S: Eh, takkan la marah tak tentu pasal? π€
M: π€ Selalunya marah sebab kurang faham Undang2 Kecil PV, mungkin ada yg berpendapat tak kena, jadi tak puas hati.
Selain tu yang paling banyak pening kepala, masalah kad akses. Paling geram, hari ni kita block card lepas dah bagi notis 3 bulan berturut2, esok owner bayaq, kalau boleh nak jam tu jugak unblock card tu... walhal kita ada jadual dan tempoh masa sistem nya.. π€£π€£
S: Cukup! Cukup! Sebelum owner-owner PV merusuh!! So, cuba pulak ceritakan juga pengalaman manis sepanjang berkhidmat di PV
M: ππ Banyakkkk..... Pengalaman manis sepanjang 5 tahun di PV sangatlah banyak. Kebanyakan owner PV orang yang baik dan peramah sebenarnya. S**a bersembang, bertegur sapa dan ambil berat. Paling best waktu AGM, sebab kebanyakan penduduk hadir dan boleh bersuai kenal. Paling manis, bila baru-baru ni ada aktiviti sambutan Hari Malaysia Putra Villas tu.. sepanjang 5 tahun kerja.. tahun ni baru ada aktiviti semeriah tu, memang sangat terasa kemesraan sesama penduduk. Malah kami yang bekerja di PV pun dilayan macam sebahagian keluarga besar PV.
S: Mungkin sebab hampir keseluruhan Putra Villas Bertam kini dihuni dan dah terjual kot... maka semangat kejiranan tu makin terasa berbanding 5 tahun dulu... Apapun, apakah harapan puan kepada Komuniti PV di masa hadapan?
M: Mungkin jugak. Mira berharap kalau boleh banyakkan lagi aktiviti kerohanian supaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk. Baru kejiranan PV akan lebih best.
S: Jika diberikan kesempatan, apakah yg puan rasa dapat diperbaiki lagi untuk menjadikan Komuniti PV lebih baik dan bermakna.
M: Kalau boleh tambah lagi aktiviti kejiranan, sebenarnya semua dah okay di PV cuma segelintir penduduk kurang bagi kerjasama yang diperlukan oleh Pengurusan PV, dan kebanyakan penduduk lebih s**a bersendirian dari join aktiviti. Satu lagi, cantikkan lagi kawasan clubhouse.. siapa tau mungkin lepas ni banyak lagi aktiviti akan diadakan di Clubhouse.
S: Mewakili suara Komuniti Putra Villas Bertam, kami ucapkan jutaan terima kasih untuk segala jasa dan bakti puan selama ini, dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang kehidupan selepas ini. Kalau ada kesempatan, sudi-sudilah singgah ya π
M: Terima kasih, InsyaAllah jika ada peluang dan kesempatan di masa depan.
Untuk makluman Puan Shamira berkhidmat di Putra Villas Bertam dari Oct 2018 sehinggalah hari ini, 3hb Oktober 2023, hari terakhir beliau di PV. Beliau akan melaporkan diri sebagai sebahagian dari lantikan tetap pegawai kerajaan yang baru, dibawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. Sehingga artikel ni ditulis, penempatan Mira masih belum ditetapkan. Bagaimanapun, kami berharap ke mana pun beliau menyambung tugasan dan berbakti, Putra Villas Bertam akan kekal dihati.