28/12/2020
Assalamualaikum. Mohon berhati - hati dengan scammer yang sedang mengambil kesempatan terhadap anda yang sedang mencari rumah / bilik sewa.
Sebagai ingatan kembali, page ini hanya untuk mengiklankan RUMAH SEWA PERSENDIRIAN MILIK SAYA SENDIRI. TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENUMPANG IKLAN RUMAH SEWA ANDA DI PAGE INI. Sebaiknya buat PAGE ANDA SENDIRI dan iklanlah sepuasnya di page anda.. π
Lokasi RUMAH SEWA INI adalah di PEKAN KOTA BELUD, SABAH. (SILA BACA DETAIL SEBELUM BUAT SEBARANG URUSAN TRANSAKSI KEPADA INDIVIDU YANG TIBA - TIBA MENGAKU MEMPUNYAI RUMAH SEWA DI KAWASAN YANG ANDA CARI.
NASIHAT SAYA : Sentiasa berhati - hati dengan individu yang tidak kisah makan duit haram ini sebab mereka memang KEBAL dan tidak kenal halal haram. Buat penelitian sebaiknya. Jangan terburu - buru. Jumpa pemilik. Gambar ic. Gambar mukanya kalau boleh. Tengok sendiri rumah sewa tersebut. Location bertepatan. Selidik bil air Dan api terkini. Jangan ada tertunggak. Pastikan selamat. Jangan terpedaya dengan deposit rumah yang terlalu rendah.
Jika anda terlanjur membuat transaksi kepada individu namun anda baru sedar dia adalah scammer, saya selaku tt tidak bertanggungjawab dengan sebarang urusan transaksi tersebut.. saya mohon maaf siap - siap. Justeru, selidikilah sehingga ke lubang cacing premis yang anda cuba sewa. Saya tidak mengupah orang ketiga untuk berbalas whatsapp kerana saya sendiri yang akan balas whatsapp tuan puan. Jika saya tidak balas pm tuan puan, maknanya rumah / bilik sewa saya telah penuh. Biasanya tidak sempat saya iklankan untuk disewa pada hari kekosongan, akan ada individu lain yang sudah booking rumah / bilik sewa tersebut.
Akhir kata, saya doakan semoga tuan puan dipermudahkan urusan mencari rumah / bilik sewa. Sentiasa berhati - hati. Dan laporkan kepada pihak polis jika anda mendapati anda telah tertipu. Waspada selalu. Terima kasih.
Nota : Rumah sewa & bilik sewa di Kota Belud, SABAH telah penuh.
Dan
Saya tiada rumah sewa / bilik sewa di SARAWAK / SEMENANJUNG. Harap maklum. βΊοΈ