13/04/2025
*JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI*
AR-RAHNUKT JERTEH 2025
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dengan segala hormatnya, pihak Ar-RahnuKT Jerteh berbesar hati menjemput Tuan/Puan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran kami yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: *Khamis, 17 April 2025*
Masa: *11.00 pagi hingga 4.00 petang*
Tempat: *Ar-RahnuKT Jerteh, Terengganu*
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan serta rakan-rakan kerjasama kami, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sempena bulan Syawal yang mulia ini.
Kehadiran Tuan/Puan amat kami hargai dan akan memeriahkan lagi majlis kami.
Sekian, terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.