Mutawwif training center kota bharu

Mutawwif training center kota bharu Akademi Mutawwif Addin Nusantara (AMAN)

Membimbing solat, manasik, adab & rohani.

"Melahirkan jemaah mahir ibadah & mutawwif berwibawa."
โ€œBelajar dengan tertib, beramal dengan tenang.โ€
SPM solusi pemantapan mutawwif

02/08/2026

Bismillah...

Petang tadi Allah pertemukan saya dengan sahabat-sahabat yang sentiasa ada sejak dulu.

Kami berbincang tentang satu amanah yang ramai sudah lama bertanya...

Insya-Allah, Akademi Mutawwif Addin Nusantara Mutawwif training center kota bharu sedang dalam usaha untuk dibuka semula. ๐Ÿคฒ

Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan, membuka jalan rezeki dan mengizinkan kami terus memberi manfaat kepada bakal tetamu Allah.

Jika Allah izinkan akademi ini beroperasi semula...

Siapa yang berminat mengikuti Kelas Asas Mutawwif, Bimbingan Umrah atau ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan dakwah ini, tinggalkan perkataan "MINAT" di ruangan komen.

Semoga setiap langkah ini menjadi amal jariah buat kita semua.

26.7.26 semalam dan ari ini berakhir yg postage Alhamdulillah... โค๏ธSelesai sudahSerahan sijil Badal Haji 1447H kepada wa...
27/07/2026

26.7.26 semalam dan ari ini berakhir yg postage
Alhamdulillah... โค๏ธ
Selesai sudah
Serahan sijil Badal Haji 1447H kepada waris yang telah memberi amanah kepada kami.
Semoga setiap amal diterima Allah SWT dan menjadi asbab pahala yang berpanjangan. ๐Ÿคฒ

t.kasih team Baharudin Safii Deen Syahir Bahar Muhamad Syamin Zainal Zolkefri Futsal Kopi Kunyit Hitam Ekstrak KURMA

๐Ÿ“Œ Booking Badal Haji Musim 1448H kini dibuka. ๐Ÿ’ฐ RM400 sahaja.
๐Ÿ“ฒ www.wasap.my/60139825250/badalhaji1448H_nakbookslot






#

Rasa bersyukur sangat Amanah yang kami hargai, khidmat yang kami laksanakan.Kelmarin, hari ini, insya-Allah esok dan lus...
26/07/2026

Rasa bersyukur sangat
Amanah yang kami hargai, khidmat yang kami laksanakan.

Kelmarin, hari ini, insya-Allah esok dan lusa juga, kami terus meluangkan masa sebagai wakil Akademi Mutawwif Addin Nusantara Kota Bharu untuk menghantar sendiri serta membuat penghantaran pos sijil-sijil Badal Haji kepada waris yang telah memberikan amanah kepada kami.

Setiap sijil yang sampai bukan sekadar sekeping kertas, tetapi menjadi tanda bahawa amanah telah disempurnakan dengan sebaiknya. Semoga Allah SWT menerima ibadah badal haji yang dilaksanakan, mengampuni dosa-dosa si mati, mengangkat darjat mereka serta mengurniakan ganjaran pahala yang berpanjangan kepada semua yang terlibat. ๐Ÿคฒ

Sebagai tanda penghargaan, kami turut menyampaikan hadiah iringan termasuk 1 paket Kopi Kunyit Hitam Ekstrak KURMA sumbangan Kopi Kunyit Hitam Ekstrak Kurma, minuman sihat untuk dinikmati seisi keluarga. Semoga memberi manfaat dan menjadi asbab ukhwah yang berpanjangan.

๐Ÿ•‹ Jika anda ingin menghadiahkan Badal Haji buat ibu, ayah, suami, isteri atau insan tersayang yang telah meninggal dunia atau tidak lagi berkemampuan menunaikan haji, kami sedia membantu.

๐Ÿ“ฒ Tempah slot Badal Haji: www.wasap.my/60139825250/badalhaji1448H_nakbookslot

Semoga setiap langkah kecil dalam menyempurnakan amanah ini menjadi amal soleh yang diberkati Allah SWT.
team Baharudin Safii Deen Zainal Zolkefri Futsal



Petang Jumaatโ€ฆantara waktu yang paling tenang untuk jiwa kembali mencari Allah. Saat matahari mula redup selepas Asar me...
08/05/2026

Petang Jumaatโ€ฆ
antara waktu yang paling tenang untuk jiwa kembali mencari Allah.

Saat matahari mula redup selepas Asar menuju Maghrib, jangan biarkan waktu ini berlalu begitu sahaja.
Inilah antara waktu yang sangat mustajab untuk kita memperbanyakkan doa, selawat dan zikir kepada Allah SWT.

Kadang-kadang dalam hidup iniโ€ฆ
kita terlalu sibuk mengejar urusan dunia, hingga terlupa bahawa ada waktu-waktu istimewa yang Allah sediakan untuk hamba-Nya mengadu, meminta dan berharap.

Duduklah seketika di tempat solatโ€ฆ
tenangkan hatiโ€ฆ
istighfar perlahan-lahanโ€ฆ
memperbanyakkan doa, selawat, dan zikir, kerana ia merupakan salah satu waktu yang paling mustajab (dikabulkan doa) dalam seminggu
bacalah Surah Al-Kahfiโ€ฆ
dan angkatlah tangan dengan penuh yakin kepada Allah.

Mohonlah apa sahaja yang terbuku di hati:
๐Ÿค ketenangan jiwa
๐Ÿค rezeki yang halal dan berkat
๐Ÿค kesihatan buat keluarga
๐Ÿค dipermudahkan segala urusan
๐Ÿค dan agar Allah jemput kita menjadi tetamu-Nya ke Tanah Suci.

Jangan pernah rasa doa kita kecil di sisi Allah.
Kerana bagi Allahโ€ฆ tiada yang mustahil.

Semoga petang Jumaat ini menjadi asbab turunnya rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua. ๐Ÿคฒ

ุงู„ู„ู‡ู… ุงูƒูู†ูŠ ุจุญู„ุงู„ูƒ ุนู† ุญุฑุงู…ูƒ ูˆุฃุบู†ู†ูŠ ุจูุถู„ูƒ ุนู…ู† ุณูˆุงูƒ
โ€œYa Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal daripada yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.โ€
(Riwayat Tirmizi โ€“ hasan)





KENAPA DHUHA?? Kerana pada waktu inilah kebanyakan kita sibuk mengejar urusan dunia, berlari dengan jadual, mengejar pel...
18/04/2026

KENAPA DHUHA??
Kerana pada waktu inilah kebanyakan kita sibuk mengejar urusan dunia, berlari dengan jadual, mengejar pelanggan, mengejar kerja dan tanggungjawab harian.
Dalam kesibukan itulah, ramai yang terlupa untuk berhenti seketika menghadap Allah.

Sedangkan orang yang benar-benar serius menjemput rezekinya akan memilih untuk bersujud di hadapan-Nya pada waktu Dhuha.

Amalan Dhuha bukan sekadar penarik rezeki, tetapi tanda syukur atas nikmat hidup yang Allah beri setiap pagi.

๐Ÿ‘ Solat Dhuha 2 atau 4 rakaat
Bila kita solat Dhuha, sebenarnya kita sedang mendahulukan Allah daripada urusan dunia.
Saat kita menjaga hak Allah atas tubuh kita, Allah akan menjaga dan mencukupkan keperluan hidup kita.
Rezeki tidak pernah salah alamat kepada hamba yang menjaga hubungannya dengan Tuhan.

๐Ÿ‘ Perbanyakkan zikir selepas Dhuha
Allahummaghfir li watub โ€˜alayya, innaka antat tawwabur rahim
(Ya Allah, ampunkan dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)

Zikir ini melembutkan hati dan membuka pintu keberkatan dalam rezeki dan kehidupan.

๐Ÿ‘ Biasakan membaca Surah Al-Waqiah di waktu pagi
Amalan para salafussoleh untuk menjaga kestabilan ekonomi keluarga.
Bukan jaminan kaya, tetapi ikhtiar supaya hidup dijauhkan daripada kefakiran dan kesempitan.

๐Ÿ‘ Bersedekah di waktu Dhuha ( offline on line )
Waktu pagi adalah waktu para malaikat mendoakan:
โ€œYa Allah, gantikanlah bagi orang yang bersedekah.โ€

Sedekah tidak perlu besar, yang penting istiqamah.
Ini tanda kita menguasai harta, bukan hamba kepada harta.

๐Ÿ‘ Doa memohon rezeki halal
Allahummakfini bihalalika โ€˜an haramika, wa aghnini bifadhlika โ€˜amman siwak
(Ya Allah, cukupkan aku dengan yang halal dan kayakan aku dengan kurniaan-Mu tanpa bergantung kepada selain-Mu)

๐ŸŒทBila amalan Dhuha menjadi rutin, rezeki akan terasa lebih mudah.
Kadang bukan dalam bentuk wang, tetapi dalam bentuk idea, peluang, kesihatan, pelanggan yang baik, dan ketenangan hidup,silaturrahim kekeluarga.

Hakikatnya, selama ini kita bukan kurang kerja keras.
Kita hanya kurang dua rakaat di waktu Dhuha.

Ruginya jika setiap pagi kita sibuk dengan dunia, tetapi tidak sempat mengetuk pintu langit.
Menyesalnya jika peluang Dhuha yang Allah beri setiap hari kita biarkan berlalu begitu sahaja.

Mulai pagi ni,,,
Jangan tunggu lapang.
Jangan tunggu kaya.
Jangan tunggu sempat.

Ambil wuduk, bentang sejadah, dan laksanakan Dhuha.

2 rakaat sahaja sudah cukup untuk memulakan perubahan hidup.
Jom sama-sama kita hidupkan Dhuha setiap pagi ๐Ÿค๐Ÿ•Œ




berbaki 3 slot lagi

๐Ÿ•Œ Pagi Jumaat yang Tenangโ€ฆPagi ni lain sikit suasananyaโ€ฆBiasanya hari Jumaat, awal-awal lagi dah siap-siap nak ke kelas ...
17/04/2026

๐Ÿ•Œ Pagi Jumaat yang Tenangโ€ฆ

Pagi ni lain sikit suasananyaโ€ฆ
Biasanya hari Jumaat, awal-awal lagi dah siap-siap nak ke kelas Kesempurnaan Solat.
Jumpa sahabat-sahabat, dengar ilmu, tenangkan hatiโ€ฆ

Tapi hari ni, dengan sebab yang tak dapat dielakkan, kelas kita terpaksa dibatalkan dulu.
Ada rasa kosong sikitโ€ฆ tapi dalam masa yang sama, mungkin ini ruang untuk kita isi dengan cara lain.

Tadi sebelum keluar rumah, terdetik dalam hatiโ€ฆ
kadang-kadang kita ni terus je bergerak, terus buat kerja,
tapi terlupa nak โ€œberhenti sekejapโ€ dan minta izin dari Allah.

Jadi pagi ni, cheq ma nak ajak kita semuaโ€ฆ
walaupun tak ke kelas, jangan tinggal โ€œpermulaanโ€ yang paling penting tu.

Tarik nafas perlahanโ€ฆ angkat tanganโ€ฆ dan doa:

โ€œYa Allah, mudahkan langkahku hari ini.
Jumpakan aku dengan orang yang baik-baik.
Jauhkan aku dari rezeki yang tidak berkat.
Jadikan rezeki yang datang membawa kebaikan dunia dan akhirat.โ€

Kadang hidup ni bukan tentang kita lari laju,
tapi tentang kita tahu siapa kita sandarkan setiap langkah.

InsyaAllahโ€ฆ bila kita mula hari dengan doa,
hati jadi lebih tenangโ€ฆ walau apa pun yang datang hari ni.

Semoga Jumaat kita semua tetap penuh berkat ๐Ÿค

๐Ÿ‘‰ Setuju? Jom react ๐Ÿคฒ





berbaki 4 lagi.. jom daftar

Alhamdulillah, program Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Kelantan telah melabuhkan tirai dengan penuh barakah.Bukan s...
04/04/2026

Alhamdulillah, program Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Kelantan telah melabuhkan tirai dengan penuh barakah.
Bukan saja ilmu yang disampaikan, tapi rezeki juga mengalir derasโ€ฆ
๐Ÿ‘‰ Produk kami SOLD OUT
๐Ÿ‘‰ KPI tercapai seperti dirancang
Satu momen yang kami simpan kemas,
bila melihat usaha kecil ini diberi tempat di majlis besar yang penuh keberkatan.
Tahniah buat Syahir Bahar, air yogurt habis lebih awal, bukti sentuhan usaha + doa tak pernah sia-sia. ๐Ÿ”ฅ
Setinggi penghargaan buat semua sahabat di Tabung Haji yang membuka ruang dan memberi peluang.
Bukan sekadar vendorโ€ฆ tapi kami rasa seperti sebahagian daripada keluarga besar yang sama-sama membawa misi ummah.
Dan buat semua yang singgah, membeli, menyokongโ€ฆ
Terima kasih kerana percaya.
Setiap ringgit yang anda belanja, ada cerita perjuangan di belakangnya.
InsyaAllahโ€ฆ
Kalau diizinkan, kita jumpa lagi tahun hadapan dengan persediaan yang lebih mantap, lebih tersusun, lebih memberi manfaat.
Akademi Mutawwif Addin Nusantara (AMAN)
Bukan hanya mendidikโ€ฆ tapi membina ekosistem ummah.


27/03/2026

zikir slps dhuhaุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠุŒ ูˆูŽุชูุจู’ ุนูŽู„ูŽูŠูŽู‘ุŒ ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุชูŽู‘ูˆูŽู‘ุงุจู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูโ€œALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB...
07/03/2026

zikir slps dhuha
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠุŒ ูˆูŽุชูุจู’ ุนูŽู„ูŽูŠูŽู‘ุŒ ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุชูŽู‘ูˆูŽู‘ุงุจู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

โ€œALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB โ€˜ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM (artinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)

baca selepas solat dhuha sebanyak mungkin.



Alhamdulillah, semoga Dr yusmazida sekekuarga dan jemaah2 lain jua dlm lindungan rahmat & keberkatan Allah.
05/03/2026

Alhamdulillah, semoga Dr yusmazida sekekuarga dan jemaah2 lain jua dlm lindungan rahmat & keberkatan Allah.

๐๐Ž๐“๐ˆ๐’ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ โ—๏ธ (๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐“๐„๐‘๐Š๐ˆ๐๐ˆ) ๐๐„๐‘๐Š๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐ˆ๐“๐”๐€๐’๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada semua jemaah ๐‡๐ข๐ฃ๐ซ๐š ๐Œ๐š๐ง๐š๐ฌ๐ข๐ค ๐“๐ซ๐š๐ฏ๐ž๐ฅ & ๐“๐จ๐ฎ๐ซ๐ฌ ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐. yang dirahmati Allah SWT,

Alhamdulillah, sukacita ingin dimaklumkan, jemaah Pakej Awal Ramadhan yang berlepas pada 20 Februari 2026 akan pulang ke tanah air mengikut jadual berikut:

โœˆ๏ธ Penerbangan: AMAL by Malaysia Airlines

๐Ÿ•Œ Berlepas dari Madinah
๐Ÿ“… 6 Mac 2026
๐Ÿ•“ 4.05 Petang

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Ketibaan di KLIA
๐Ÿ“… 7 Mac 2026
๐Ÿ•• 6.00 Pagi

Pihak pengurusan Hijra Manasik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesabaran, doa dan kerjasama semua jemaah serta ahli keluarga sepanjang perjalanan ibadah ini.

Semoga segala amalan umrah diterima oleh Allah SWT dan perjalanan pulang dipermudahkan serta selamat sampai ke tanah air.

๐Ÿคฒ Terima kasih atas kepercayaan bersama Hijra Manasik Travel & Tours Sdn. Bhd.

Address

AKADEMI MUTAWWIF ADDIN NUSANTARA, PT280-E T/A, KG TG MAS KOTA BHARU, ( Bersebelahan Edly Fried Chicken )
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00

Telephone

+60139825250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mutawwif training center kota bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mutawwif training center kota bharu:

Shortcuts

Share