Man Homestay

Man Homestay MAN HOMESTAY untuk percutian bersama keluarga yang ramai sambil jalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Hubungi kami, Puan Marliza Ibrahim (019-9494647)

MAN HOMESTAY
Ingin bercuti sambil membeli-belah di sekitar bandar Kota Bharu? Jom menginap di MAN HOMESTAY yang menawarkan pakej istimewa dengan lokasinya strategik berhampiran destinasi pilihan hati anda. Terletak di Jalan Imbi, kira-kira 20 meter dari pintu belakang ISTANA MAHKOTA di Jalan Telipot. Hanya
5 minit dari penginapan kami anda boleh membeli pelbagai keperluan di Pasaraya Billion yang

bersebelahannya Hotel Renaissance. Sekadar 10-15 minit dari Man Homestay anda boleh sampai ke :-
💡 BAZAR Tok Guru, Bazar Buluh Kubu, Bazar Tengku Anis, Gelanggang Seni dan Pasar Siti Khadijah.
💡KB MALL, AEON MALL dan Tesco
💡STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV
💡WAKAF CHE YEH, pasar malam terbesar dan tersohor di negeri Cik Siti Wan Kembang
💡TAMBATAN DIRAJA untuk menikmati bayu malam tepian Sungai Kelantan sambil membeli cenderamata di gerai berhampiran
💡ISTANA JAHAR dan kawasan sekitarnya untuk makan-makan bersama keluarga dengan membeli pelbagai hidangan dari trak makanan (food truck).
💡STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Perdana, Liga Super Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) antara pasukan tuan rumah menentang pasukan dari luar.
💡Bersarapan di Nasi Ayam Kampung di Lorong Merican atau Nasi Kak Wok Original di kawasan perkampungan berhampiran KBMC Lundang. Anda juga boleh sampai ke destinasi dalam tempoh 30 -40 minit dari MAN HOMESTAY untuk ke :-
🏨 HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM)
✈ LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA
🚸 PANTAI CAHAYA BULAN menikmati bayu laut sambil makan colek ikan, sotong, udang dan minuman isitmewa ais krim air kelapa.
👫👪 PANTAI SENOK, BACHOK yang terkenal, bersiar-siar sambil berswafoto bersama keluarga dan rakan dengan pemandangan seumpama set penggambaran drama popular Korea Winter Sonata
Hanya 30-40 minit dari Man Homestay anda boleh ke:-
🛍🛒 Rantau Panjang, membeli belah di rangkaian kedai bebas cukai.
🛒🛍 Pengkalan Kubor, shopping idaman hati di kedai-kedai bebas cukai. Kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk tetamu MAN HOMESTAY :-
3 bilik tidur, 2 bilik dilengkapi penyaman udara.
🛏 setiap bilik dilengkapi katil dengan kemasan cadar quilt, almari, meja cermin
🚿🚽 2 bilik air dan tandas yang selesa, turut disediakan pemanas air.
🛋 set sofa di ruang tamu
🍽 🍱meja makan di ruang makan
📺 set televisyen dengan siaran tv kabel
Peti sejuk, cerek dan ketuhar gelombang mikro turut disediakan. Papan penggosok pakaian (iron board) berserta seterika. Mesin basuh dan ampaian untuk tetamu yang mahu menguruskan pakaian kotor telah siap tersedia di ruang belakang dapur.
🚗🚗 ruang parkir yang lapang dan berbumbung disediakan untuk tetamu meletakkan kenderaan masing-masing.
🏘🏘 kawasan perumahan yang aman dan in shaa Allah selamat untuk para tetamu. Tempahlah sekarang🏡 di MAN HOMESTAY untuk percutian bersama keluarga yang ramai sambil jalan-jalan di sekitar Kota Bharu.
📮Kunjungi kami di alamat 3915-H, Lorong Imbi, Jalan Telipot, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
📱☎hubungi Puan Marliza Ibrahim 019-9494647.

Address

3915-H Jalan TELIPOT LORONG EMBI
Kota Bharu
15150

Telephone

014-544 8809

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Man Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Man Homestay:

Share

Category