07/07/2026
BISMILLAH.
Catatan Perjalanan.
8 Julai 2025
2 Julai 2026.
Tiada cukup lisan, untuk mengucap syukur, pada Allah Tuhan kami. Hanya dengan izin dan limpahan rahmatnya, urusan mengaji anak2 kami, tamat setakat ini dulu.
Hisan sudah pulang. Menggalas tugas dalam bidangnya. Menyiapkan satu projek penting negara.
Husna juga, akan kembali. Sudah ada tempat untuk singgah, mengasah bakat, mendepani hidup.
Saya ingat dulu, abang tersayang, mat fizik gontam, terbang ke Amareka. Tamat mengaji, Omak dan Abah, tiada di LSU, Baton Rouge. Mana mungkin zaman itu.
Dan kemudian, abang2 saya tamat mengaji di England dan Scotland. Begitu juga. Kami tengok gambar. Buat nyala semangat.
Untuk anak2 kami. Tak sampai hati. Tunggang tebalik pun, mesti pergi. Meraikan nikmat Allah ini.
Tiada kata, melainkan, terima kasih dan semoga Allah membalas pada saudara dan sahabat yg memungkinkan dan mempermudah perjalanan ini.
Terima kasih, cinta hati saya, Arinawati Abdullah , ibu , begitulah hatinya untuk anak2 dia takda brek. 4 tahun lalu, sudah dia suarakan utk hadirkan keenam2 adik beradik semasa convo Husna. Jem.
Allah yg Maha Kaya, tiada daya dan upaya kita.
Terima kasih Kerajaan Malaysia.
Terima kasih Mara. Terima kasih Kolej Mara Banting dan
Kolej Mara Seremban.
Terima kasih KPM dan sekolah serta guru2 yg mendidik anak2 kami di SRI ABIM Gombak, SK Taman Permata, SK Sultan Ismail 4, SK Zainab 2, SMAP Kajang dan SMKA Naim Lilbanat.
Untuk anak2 kami yg lagi 4 orang. Usahalah dengan tekun dan doa. Jgn risau. Allah ada.
Catitan ini, kami simpan disini, menjadi tanda, bawah Rahmat Allah itu luas. Allah maha kaya, tiada luak sedikit pun, Allah tidak berkira.
Harap ini tidak Jengkel.
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.