KISTLAB ditubuhkan oleh pihak Kist Group Holding di alamat PT 33 & 34, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi , 15200 Kota Bharu, Kelantan. Ianya bertujuan untuk member 2 jenis perkhidmatan ujian makmal perubatan dan diagnostik dan ujian analisis makanan kepada pihak kilang, industri kecil(IKS), restoran, hotel, agensi berkaitan dan orang perseorangan dalam proses persijilan halal serta bertujuan per
labelan produk. Makmal ini juga akan menjalani audit persijilan ISO/IEC 17025 sesuai dengan kehendak sistem kualiti. Sebagaimana yang diketahui umum pihak Kerajaan Malaysia telah melaksanakan konsep persijilan halal ke atas makanan, ubatan, barangan kosmetik dan barangan lain yang berkaitan mengikut kehendak Islam.Badan yang bertanggungjawab ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan Halal Development Corporation (HDC).Bagi pihak pengusaha kilang,IKS, restoran yang ada kaitan dengan produk halal memerlukan persijilan dan label halal dalam aktiviti perniagaan mereka.Memandangkan permintaan yang tinggi dalam perkhidmatan persijilan halal pihak kami ingin memulakan perkhidmatan makmal tersebut khasnya dalam analisis bahan dan bahan kimia yang terlarang dalam kontek “Halalan Toyyiba” di peringkat Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand.