Homestay Sufi PCB KOTA BHARU

Homestay Sufi PCB KOTA BHARU Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Homestay Sufi PCB KOTA BHARU, Hotel, Kota Bharu.

HOMESTAY SUFI (Abg Mus)PCB KOTA BHARU KELANTAN.Homestay Banglo 3 bilik, Luas& Selesa*๐Ÿ›–Semua Katil QueenFull aircond.๐Ÿš—8-m...
28/06/2025

HOMESTAY SUFI (Abg Mus)
PCB KOTA BHARU KELANTAN.

Homestay Banglo 3 bilik, Luas& Selesa*๐Ÿ›–
Semua Katil Queen
Full aircond.

๐Ÿš—8-minit ke Bandar KB
โœˆ๏ธ6 minit ke Airport
๐Ÿš— 2 minit ke Pantai Cahaya Bulan.
๐Ÿšค5 minit ke Jeti flout market.
2 minit ke restoran suarin jinda.

๐Ÿ KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN๐Ÿ 
๐Ÿ 3 Bilik (full aircond)
๐Ÿ›€๐Ÿฟ2 bilik mandi
๐Ÿ“บRuang tamu dilengkapi dengan Sofa dan TV
๐Ÿ IRON/BOARD
Peralatan memasak & makan
๐Ÿก penapis air panas.
๐Ÿช‘Meja Makan/ Kerusi
Peti Sejuk
Mesin Basuh
๐Ÿ– Peralatan BBQ

BANYAK KEDAI MAKAN,KEDAI PAKAIAN DAN KEDAI RUNCIT YANG BERHAMPIRAN DEKAT DENGAN MASJID AN-NUR*

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Ÿ‘‰๐Ÿปparking yang luas dan berpagar.
Sesuai untuk majlis kahwin
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
Page google : https://g.co/kgs/mQYyrW

Untuk berurusan boleh wasap@call ke
http://www.wasap.my/60199113435

http://www.wasap.my/60199112818

Fb page : https://www.facebook.com/WelcometoourHomestay?mibextid=ZbWKwL


20/05/2025

*_ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงุงุฑูŽู‘ุญููŠู…_*
Alhamdulillah Salah satu usaha Ajk pengurusan untuk tingkatkan lagi pengimarahan Masjid.

*_ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู_*
*KULIAH DHUHA DAN AGIHAN ZAKAT* *WARGA EMAS PAWE ASPIRASI KOTA BHARU* Dengan kerjasama
*MASJID MAS OMAR* *ABDULLAH TAMAN SRI ZASNA PCB KB*

Tarikh: 24.05.2025 (Sabtu)
Masa :9.00 pg- 12.00 pg
Tempat: MASJID MAS OMAR ABDULLAH TAMAN SRI ZASNA P.C.B Kota Bharu

Tentatif program
9.00 pg - Pendaftaran ahli n penerima zakat
9.30 pg - Solat Dhuha
10.00 pg - Kuliah Dhuha
10.30 pg - penyampaian Zakat kepada penerima zakat
11.00 pg- Ramah mesra bersama AJK Masjid/ Minum pg/ bersurai

Kepada semua ahli PAWE yg berkelampangan dijemput hadir bersama bagi mengeratkan lg hubungan ukhwah sesama kita.

# Bagi ahli perempuan diminta bawa kain sembahyang utk sama2 solat dhuha #

Kepada ahli yg nk menyumbang kuih muih kepada jemaah dhuha dialu2kan...
*_Dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain. Kadang melalui orang lain, ada p**a terselit rezeki kita. Begitulah warna-warni rezeki.*_

Sekian terima kasih

19/01/2025

Kalau tanya aku, nak tak pergi Mesir semula? Aku akan jawab : Gila tak nak.

Zaman remaja aku habis kat Mesir. Baik buruk Mesir aku hadap. Tanah kelahiran p**a tu.

BENDA YANG BEST DI MESIR:

1. Transport 24 jam. Ikut la waktu mana nak travel kenderaan pasti ada.

2. Duit Mesir lagi murah dari Malaysia.

3. Syurga buah-buahan. Rasalah puas-puas buah di Mesir. Penuhkan peti ais. Anggur sekilo RM4, Strawberi sekilo RM2. Buah peach ada, ruttob, tembikai, oren dan banyak lagi.

4. Servis runner @ grabfood lagi awal diamalkan di Mesir. Beli ayam pun pakai runner. Bagitau je nak berapa kilo, nak potong berapa.

5. Semua walking-distance je. Nak pergi kedai, pasar, kedai makan, coffee shop semua dekat.

6. Kedai buku bersepah-sepah. Nak cari buku eropah kurun ke 14 pun ada lg. Kedai buku bundle pun banyak. Buku โ€˜Mahathir Mohammadโ€™ paling senang nak jumpa. Buku agama lagi lah banyak, bermacam cetakan, bermacam ilmu baru.

7. Arab Mesir sentiasa membiasakan mulut berzikir dan memberi salam.

8. Kedai-kedai di Mesir sentiasa pasang alunan bacaan al-quran. Tak pelik kalau selalu dengar dalam teksi. Pernah dengar kedai ZARA pasang Al-Quran? Kt Mesir ada.

9. Lokasi yang strategik. Nak ke Saudi dan Jordan naik kapal laut je. Nak ke Eropah โ€˜flightโ€™ 5 jam. Berenang 10 hari sampai Cyprus ๐Ÿ˜…. Dulu modal LE800 kami jalan sampai Istanbul ikut darat. Waktu tu Syria tak perang lagi

10. Cuaca Mediterranean.

11. Banyak kedai 3asir (jus), pekena air tebu + lemon sejuk waktu musim panas mmg sempoi.

12. Bulan Ramadhan bulan paling meriah. Satu bulan tak masak pun takpe, arab pemurah sangat bagi makan.

13. Solat tarawih satu malam 1 juzuk pun masih ok. Tak rasa penat.

14. Kalau arab dah boleh ajak kau datang rumah dan kenal-kenal dengan keluarga dia, maknanya dia betul-betul senang dengan kau.

15. Arab Mesir sangat penyayang dengan budak-budak. Diorang mmg pandai layan budak. Aku selalu dapat hadiah buah-buahan, pak arab bagi kat anak.

16. Puluhan surau dan masjid kecil untuk menunaikan solat.

17. Banyak kelas talaqqi agama yang hidup di masjid-masjid. Sangat-sangat berguna untuk isi waktu selain pergi kuliah.

18. Coffe house tempat paling chill untuk lepak. Kedai ala-ala bar. Boleh tengok dia bancuh kopi sambil borak2 petang.

19. Banyak aktiviti kesenian dan budaya kebanyakkannya di Cairo dan Alexandria. Banyak pertunjukan teater (masrah).

20. Syurga makanan. Kalau sampai di Mesir, jangan takut untuk cuba makanan disana. Dari โ€˜street foodโ€™ sampai ke fine dining. Dulu aku selalu buat food hunting di Alex. Ada restoran yang duduk dalam celah-celah bangunan, kena tanya local.

21. Kalau nak buat lasik mata, datanglah ke Mesir. Murah ye. Sambil-sambil travel ke Mesir. Adik aku buat dulu RM800 je.

21. Bila musim panas, malamnya seakan tidak berpenghujung. Orang ramai akan keluar bersiar-siar bawa keluarga.

22. Musim panas boleh jalan ke Matrouh Siwa dah dekat dengan Libya. Musim sejuk boleh ke Sinai kearah Palestin dan Saudi.

23. Banyak sangat kesan sejarah, sebab banyak sangat perang tambahan p**a penjajah yang pelbagai. Kesan tinggalan Rom, Turki, Perancis dan lain-lain.

24. Alexandria, kota untuk pemancing. Kedai alatan memancing up to date. Sewa bot pun murah. Mancing tebing pun boleh. Ikan belanak banyak ๐Ÿ˜…

25. Perasaan lain macam kalau masuk kedai runcit arab. Rasa nak beli semua. Packaging jajan dia sangat menarik. Lama tak makan Molto ๐Ÿ˜‚

26. Satu lg, kalau terlambat pergi solat jumaat. Jangan risau kau masih ada peluang untuk solat di masjid lain. Sebab ada masjid dah habis solat jumaat, tp masjid lain masih baca khutbah.

27. Orang arab sangat menghormati tetamu. Bila dia ajak makan kena habiskan. ๐Ÿฅด

28. Yuran pengajian murah, waktu aku dulu kalau tak silap RM60 untuk setahun. Duit kitab pun lebih kurang LE250 untuk satu semester. Kalau medik azhar $1000, kalau Uni Alex $8000. Betulkan kalau aku silap.

29. Budaya membaca al-quran dalam kenderaan awam, di taman, tepi jalan adalah perkara biasa. Lagi-lagi bulan puasa.

30. Budaya menghafaz al-quran sejak dari kecil.

31. Mesir tempat sesuai untuk mulakan solo backpacking. Ada berani?

32. Kalau ada peluang pergi kampung arab jangan lepaskan. Banyak benda boleh belajar, paling kurang tunggang himar.

33. Fathirah Coklata adalah makanan paling sedap ๐Ÿ˜‰. Ada je lg makanan yang sedap hehe.

34. Jangan segan nak mintak diskaun. Pujuk sampai dapat.

35. Pasar karat syurga vintage. Nak cari rayban, levis, kamera lama-lama ada, motor BSA pun ada.

36. Kalau nak shopping, pergi Port Said. Banyak barang import turun disitu.

37. Mesir ada banyak pantai yang cantik-cantik. Budak Malaysia banyak ambil lesen scuba diving sebab murah. Kalau tak nak pergi jauh-jauh, mandi di Pantai Syatbie di Alex pun dah ok.

38. Kain cotton Mesir antara yang terbaik di dunia. Ada satu kedai sebelah ARMA. Beli la kain tuala disitu. Banyak lagi kedai tapi itu yang paling ingat.

39. Souq Shafie paling rare. Macam-macam binatang diorang jual. Nak beli buaya pun boleh. Seingat aku budak Malaysia pernah beli, bela dalam akuarium.

40. Bahasa ammi Mesir difahami dunia arab. Aku dah pakai masa di Saudi, Syria, dan Morocco. Semua faham. Yang penting boleh hidup ๐Ÿ™‚

41. Nak buat lesen kereta motor murah. Ujian kereta kena buat u-turn je, terus dapat lesen 10 tahun. Kalau tertinggal helmet masa ujian, helmet kontraktor pun boleh. Ujian motor pusing kon je. Tak tau lah sekarang ni macam mana.

42. Belanja barang dapur murah, lagi-lagi sayur-sayuran. Dulu aku selalu beli daging batang pinang sebab murah. Tp kalau beli ayam, diorang akan timbang ayam hidup, lepas timbang baru sembelih. Tapi ada je diorang jual ikut bahagian ayam.

43. Di pasar banyak dijual, arnab, burung merpati, ayam belanda, ayam kampung. Harga telur ayam kampung dan telur biasa kadang2 boleh sama harga. Sebab tu aku selalu beli telur ayam kampung.

44.

Banyak lagi nak isi, nanti aku edit lagi. Cantikan gambar laut ni? Dekat je dengan rumah kami, hanya 5 minit jalan kaki.

Ini semua pengalaman yang aku ambil sepanjang 9 tahun di Mesir. 4 tahun menetap di Mansurah dan 5 tahun di Alexandria.

Kalau diajak 10 kali untuk ke Mesir aku pasti sebut YA! YA! dan YA!

Jika dicari 100 keburukkan Mesir memang akan jumpa, tapi kau akan jumpa lagi 1000 kebaikkan Mesir. Jangan takut ke Mesir. ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ

Kredit penulis Saiful Islam.

Jom ke Mesir kita

Jemput Mari adik kakok mlm ni
05/01/2025

Jemput Mari adik kakok mlm ni

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Sufi PCB KOTA BHARU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category