26/09/2023
PENGHARGAAN & TERIMA KASIH "KAK NA"
10 tahun lepas seorang wanita bernama Roslina Mat Nawi @ Kak Na bekerja dengan keluarga kami di The Infinite HOTEL & Nurul Eki Heritage HOTEL akan tetapi dia bukan sahaja bekerja di hotel malah menjaga Umi kami dari sakit sehingga Umi menghembuskan nafas yang terakhir.... Kak Na bukan lah hanya sekadar staff tetapi dah mcm keluarga dia lah Kakak kepada kami yang banyak memberikan nasihat dan teguran. Sebagai penghargaan dan terima kasih diatas jasa beliau saya hadiahkan kereta proton wira aeroback ini kepada beliau. Terima Kasih Kak Na Putih Bunga Seroja & SELAMAT HARI JADI!!! ☺️