01/09/2026
PKINK SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KELANTAN
KOTA BHARU, 31 Ogos 2026 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada 18 Rabiul Awal 1448 bersamaan 31 Ogos 2026.
Penyertaan PKINK dalam perarakan agensi pada malam kemerdekaan tersebut mendapat sambutan yang amat membanggakan apabila kontinjen PKINK berjaya memperoleh tempat ke-4 daripada 69 penyertaan perarakan.
Pencapaian tersebut mencerminkan semangat patriotisme, kekitaan dan komitmen warga kerja PKINK dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan serta memperkukuhkan semangat cintakan negara.
Sambutan pada tahun ini turut membawa tema “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati – Penghayatan Membangun Bersama Islam”, yang mencerminkan aspirasi untuk membina sebuah masyarakat yang sejahtera, harmoni dan berpaksikan nilai-nilai murni.
PKINK merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen serta menjayakan penyertaan dalam perarakan tersebut.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69. 🇲🇾
Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan seluruh rakyat Malaysia dalam membina negara yang maju, sejahtera dan harmoni.