Kionsom Baptist Retreat Centre

Kionsom Baptist Retreat Centre Founded in the 1960's, Kionsom Baptist Retreat Centre is a campground surrounded by nature and with different types of accommodation and facilities.

Kionsom Baptist Retreat Centre, a campground located 21km from Kota Kinabalu city. It is a campground beside a river which flows from Kionsom Waterwall. With a price ranging from RM15 to RM380, we provide you a great place for camps, outdoor activities, recreations, and retreats. You do not need to travel far to experience the coolness of the river water and the different species of insects like f

ireflies, giant beetles, butterflies that are not found in the city. We have different types of accommodation like tents, dorms to rooms to suit your needs. Other than that, we have facilities like an indoor and outdoor hall, camp fire pit, barbecue pits and a dining area for rent. Interested to know more info about us? Call 088-383088, chat 01111379744
or visit our album in this page for more detail information.

29/06/2026

Baru-baru ini, seorang pelajar telah berkongsi dengan saya satu poster daripada sebuah universiti yang menawarkan program khusus untuk saudara baru atau mualaf. Poster tersebut turut menyatakan pelbagai kemudahan, bantuan dan sokongan yang disediakan sepanjang tempoh pengajian.

Sebenarnya, perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia sudah lama berlaku dan kemungkinan besar akan terus berlaku. Bagi saya, isu utama bukanlah pada poster tersebut atau program yang dijalankan. Mereka sedang melaksanakan sesuatu yang mereka percaya dan perjuangkan.

Namun persoalan yang lebih penting ialah, adakah kita sebagai keluarga Kristian, orang Kristian dan gereja sudah benar-benar melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik?

Ramai anak-anak Kristian dari Sarawak dan Sabah dihantar melanjutkan pelajaran jauh dari keluarga, kampung halaman dan gereja. Ada antara mereka yang pertama kali tinggal berjauhan daripada ibu bapa. Dalam suasana baru ini, mereka akan berhadapan dengan pelbagai pengaruh, cabaran, persoalan, tekanan dan tawaran yang datang dari pelbagai arah.

Masalahnya, ada pelajar yang pergi ke universiti dengan pencapaian akademik yang baik, tetapi asas iman yang masih lemah. Mereka tahu bahawa mereka beragama Kristian, tetapi tidak benar-benar memahami apa yang mereka percaya, mengapa mereka percaya, dan bagaimana mempertahankan iman mereka dengan kasih, hikmat dan kebenaran.

Kepada pelajar Kristian, jangan tunggu sehingga iman anda dicabar baru mahu belajar Firman Tuhan. Mulakan sekarang. Carilah gereja yang sihat, sertailah fellowship Kristian, bina kehidupan doa yang konsisten dan kenalilah ajaran Alkitab dengan lebih mendalam. Iman yang tidak dipelihara akan mudah menjadi lemah apabila berdepan dengan tekanan dunia luar.

Kepada keluarga Kristian, jangan hanya bertanya tentang keputusan peperiksaan, yuran pengajian, makanan atau kewangan anak-anak. Tanyakan juga tentang kehidupan rohani mereka. Adakah mereka masih berdoa? Adakah mereka pergi ke gereja? Adakah mereka mempunyai komuniti Kristian yang sihat? Teruslah mendoakan, membimbing dan mengambil berat tentang keadaan iman mereka walaupun mereka berada jauh dari rumah.

Kepada gereja, kita perlu lebih serius dalam pemuridan, pengajaran doktrin yang sihat dan apologetika Kristian. Jangan hanya menghantar anak-anak muda ke universiti dengan doa pelepasan semata-mata. Mereka perlu diperlengkapi sebelum melangkah keluar ke dunia yang penuh dengan persoalan, cabaran dan pengaruh.

Jika pihak lain sangat serius membimbing generasi mereka, maka kita juga perlu lebih serius membimbing generasi kita.

Universiti sepatutnya menjadi tempat di mana iman anak-anak Kristian semakin matang, bukan tempat di mana mereka kehilangan iman mereka.

Tanggungjawab ini bukan hanya terletak pada pelajar semata-mata. Ia adalah tanggungjawab bersama — keluarga, gereja dan seluruh tubuh Kristus.

Sumber asal : Pastor Kennison

Promosi datang lagi!!Kami bagi 10% off kepada yang booking untuk mana-mana tarikh di bulan JULY & OCTOBER 2026. Jangan t...
14/06/2026

Promosi datang lagi!!

Kami bagi 10% off kepada yang booking untuk mana-mana tarikh di bulan JULY & OCTOBER 2026. Jangan tunggu lama-lama, lock tarikh kamu sekarang.

*10% off*
Baptist House ✅
Semi D House ✅
CBTSein House ✅
Rainbow House✅

Harga diskaun ini hanya valid untuk bilik-bilik saja dan tidak termasuk kemudahan lain seperti dewan, dapur ,bahagian campsite dan lain-lain. Harga juga adalah berdasarkan jenis bilik yang ada.

Booking sekarang
Whatsapp https://wa.link/hfilel
atau call 088 383 088

Happy New Year 2026..Setelah tutup dan cuti sempena Natal dan Tahun baru, KBRC memulakan semula operasi seperti biasa da...
07/01/2026

Happy New Year 2026..
Setelah tutup dan cuti sempena Natal dan Tahun baru, KBRC memulakan semula operasi seperti biasa dan di mulakan oleh SIB Sabah Preschool Ministry.


Terimakasih PCS Inanam kerana memilih KBRC untuk aktiviti Perayaan Natal Gereja. Tuhan memberkati semua.Penyewa akhir di...
18/12/2025

Terimakasih PCS Inanam kerana memilih KBRC untuk aktiviti Perayaan Natal Gereja. Tuhan memberkati semua.
Penyewa akhir di KBRC sebelum kami cuti dan tutup sementara sempena Hari Natal bermula 20 December 2025.

13/12/2025

Shalom PCS Inanam Family!

Minggu ini kita akan mengadakan Sambutan Krismas di Kionsom Baptist Retreat Centre (KBRC). Maklumat sambutan adalah seperti yang tertera di poster.

Sehubungan itu, para jemaat juga boleh membeli tiket cabutan hadiah berharga RM 2/keping di meja urusetia pada hari tersebut.

Jumpa anda di sana! Tuhan memberkati.

Google Maps ke KBRC - https://maps.app.goo.gl/QiUfz47PfL6ugf9z9?g_st=ic

Address

7. 2KM Jalan Kionsom
Kota Kinabalu
88450

Telephone

088-383772

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kionsom Baptist Retreat Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share