KD SRI LIKAS RMNVR

Call Directions Contact the business

KD SRI LIKAS RMNVR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KD SRI LIKAS RMNVR, KD SRI LIKAS Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Kota Kinabalu.

KD SRI LIKAS merupakan salah sebuah unit Pasukan Simpanan TLDM yang terletak di Markas Pemerintahan Armada Timur,Pangkalan TLDM Teluk Sepangar, Kota Kinabalu, Sabah.

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔𝐑𝐈𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐏𝐒𝐒𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟔.𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔!A...
16/07/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔𝐑𝐈𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐏𝐒𝐒𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟔.

𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

KD SRI LIKAS yang bertempat di Pangkalan TLDM Sepangar, Kota Kinabalu akan mengadakan Pengambilan Pegawai dan Perajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) Siri 2/26.

Kepada rakyat Malaysia, khususnya warga Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya yang berminat serta berkelayakan, anda dipelawa untuk menyertai PSSTLDM dan menjadi sebahagian daripada warga Tentera Laut Diraja Malaysia.

Antara aktiviti dan latihan yang bakal diikuti termasuk latihan menembak, kem tahunan, pelayaran bersama kapal TLDM serta pelbagai latihan dan program pembangunan diri yang mencabar serta menarik.

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢?

Jom sertai kami mengikut ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
🕖 Masa Pendaftaran: 7.00 pagi
📍 Tempat: Tasik Kompleks Sukan Likas

Pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan serta kelengkapan alat tulis.

𝗞𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻:

1. Gambar berukuran pasport (4 salinan).
2. Salinan Kad Pengenalan (4 salinan).
3. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa (4 salinan).
4. Salinan Kad Pengenalan pasangan (bagi yang berkahwin) (4 salinan).
5. Salinan Sijil Berhenti Sekolah (4 salinan).
6. Salinan Sijil SPM (4 salinan).
7. Salinan Sijil Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana (5 salinan) (bagi permohonan pegawai).
8. Salinan Sijil Nikah (bagi yang berkahwin) (4 salinan).

𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻: Jika waris telah meninggal dunia, sila bawa salinan sijil kematian.

𝐋𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍
✅ Baju sukan berkolar
✅ Seluar sukan
✅ Kasut sukan
✅ Berstoking
✅ Bertudung bagi wanita beragama Islam

"SEDIA BERKORBAN"

MPS TLDM
ROTU NAVY UMS
PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM
Royal Malaysian Navy (RMN)

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐎𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐍𝐈𝐅𝐎𝐑𝐌 & 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐃 𝐊𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔.11–12 Julai 2026 – K...
13/07/2026

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐎𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐍𝐈𝐅𝐎𝐑𝐌 & 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐃 𝐊𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔.

11–12 Julai 2026 – KD SRI LIKAS telah dijemput sebagai pempamer sempena Karnival Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform & Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Ikatan dan Simpulan serta pelbagai pengisian menarik yang melibatkan pasukan badan beruniform sekolah-sekolah dari seluruh negeri.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ts. Datuk Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan semua pihak yang telah hadir serta memberi sokongan kepada pameran KD SRI LIKAS sepanjang program berlangsung.

"SEDIA BERKORBAN"

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026Pegawai Memerintah serta seluruh warga KD SRI LIKAS mengucapkan Sela...
30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026

Pegawai Memerintah serta seluruh warga KD SRI LIKAS mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua anggota, keluarga serta masyarakat yang meraikannya.

Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian serta persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kaamatan dan Gawai diraikan, perpaduan dan keharmonian terus diperkukuhkan.”

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai.
tldm

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَى...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَىٰ مِنكُمْ

“Daging dan darah korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
— Surah Al-Hajj : 37

Ikhlas daripada seluruh warga KD SRI LIKAS.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, keinsafan dan mengeratkan ukhuwah sesama insan.

"SEDIA BERKORBAN"
tldm

16 Mei  - KD SRI LIKAS telah berjaya melaksanakan Ujian Penembakan Senjata Kecil (UKMSK) penggal pertama tahun 2026 yang...
17/05/2026

16 Mei - KD SRI LIKAS telah berjaya melaksanakan Ujian Penembakan Senjata Kecil (UKMSK) penggal pertama tahun 2026 yang melibatkan semua warga KD SRI LIKAS termasuk PALAPES Laut UMS.

Sepanjang latihan, Standard Operating Procedure (SOP) dipatuhi sepenuhnya oleh setiap peserta. Ujian penembakan dimulakan dengan taklimat oleh BK PAP (GI) Mohd Aswad bin Che Omar, yang menerangkan tatacara pengendalian senjata, arahan semasa serta langkah-langkah keselamatan.

Latihan penembakan ini bertujuan untuk:
√ Menguji kemahiran dan teknik pengendalian senjata.
√ Menilai keupayaan dan kefungsian senjata yang digunakan.
√ Mengukuhkan semangat kerjasama dan silaturahim antara semua peserta.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat atas semangat juang, disiplin dan kerjasama yang tinggi sepanjang latihan penembakan ini dilaksanakan.

"SEDIA BERKORBAN"
tldm

Pegawai Memerintah serta seluruh warga KD SRI LIKAS dengan penuh hormat mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Tenter...
27/04/2026

Pegawai Memerintah serta seluruh warga KD SRI LIKAS dengan penuh hormat mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-92.

Semoga TLDM terus cemerlang dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara serta kekal sebagai benteng utama keselamatan maritim tanah air.

"SEDIA BERKORBAN"
tldm

25 April 2026 – KD SRI LIKAS telah melaksanakan Program Ceramah dan Perkongsian berkaitan Pengurusan Kewangan serta Peng...
27/04/2026

25 April 2026 – KD SRI LIKAS telah melaksanakan Program Ceramah dan Perkongsian berkaitan Pengurusan Kewangan serta Pengurusan Kredit dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kota Kinabalu.

Program ini menampilkan penceramah jemputan, Tuan Alexander Iskandar bin Tanggang, Eksekutif Kanan 1 LHDN Kota Kinabalu. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pegawai Laksana KD SRI LIKAS, Lt Ts. Dr. Affendy bin Hassan PSSTLDM.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran warga KD SRI LIKAS dalam mengurus kewangan secara bijak dan berhemah.

"SEDIA BERKORBAN"

KELAS RENANG21 Apr 26 - KD SRI LIKAS bersama PALAPES Laut UMS telah melaksanakan Latihan Tempatan yang memberi fokus kep...
22/04/2026

KELAS RENANG

21 Apr 26 - KD SRI LIKAS bersama PALAPES Laut UMS telah melaksanakan Latihan Tempatan yang memberi fokus kepada kelas renang bagi meningkatkan kemahiran asas serta tahap keyakinan Pegawai Kadet di dalam air.

Latihan ini bertujuan memastikan setiap pegawai kadet mampu menguasai teknik renangan dengan betul di samping membina daya tahan fizikal dan mental. Komitmen serta semangat yang ditunjukkan oleh semua pegawai kadet amat membanggakan.

Diharapkan latihan berterusan seperti ini dapat membantu mencapai tahap kelulusan renang yang cemerlang dalam kalangan pegawai kadet.

"SEDIA BERKORBAN"

tldm

PROGRAM JIWA MURNI MADANI BORNEO ULTRA OCEAN CLEAN UP 5/2618 Apr 26. - KD SRI LIKAS dan beberapa agensi dan komuniti lai...
18/04/2026

PROGRAM JIWA MURNI MADANI BORNEO ULTRA OCEAN CLEAN UP 5/26

18 Apr 26. - KD SRI LIKAS dan beberapa agensi dan komuniti lain telah terlibat sama dalam menjayakan program Jiwa Madani Borneo Ultra Ocean Clean Up 5/26 anjuran Markas Kapal Selam TLDM di Taman Awam Teluk Likas.

Program tahunan ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran dan memupuk orang ramai untuk sama-sama berganding bahu bagi membersih kawasan pantai dan dasar laut demi masa depan bumi yang lebih bersih dan lestari.

"SEDIA BERKORBAN"
tldm

1 Apr 26 - Majlis Serah Terima Tugas Bintara Teknikal KD SRI LIKAS di antara 842774 BK TMS Hamdi bin Abdul Rahim dan 838...
01/04/2026

1 Apr 26 - Majlis Serah Terima Tugas Bintara Teknikal KD SRI LIKAS di antara 842774 BK TMS Hamdi bin Abdul Rahim dan 838112 BM TMK Mohd Akmal bin Mohd Dhazir yang disaksikan oleh Pegawai Memerintah KD SRI LIKAS, Lt Kdr Ryandal Adrian anak Andreas TLDM.

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani dan penyerahan nota serah terima tugas serta simbolik.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada BK TMS Hamdi bin Abdul Rahim di atas segala khidmat bakti yang dicurahkan selama berada di unit KD SRI LIKAS dan tahniah diucapkan kepada BM TMK Mohd Akmal bin Mohd Dhazir atas pelantikan sebagai Bintara Teknikal KD SRI LIKAS yang baharu.

Semoga terus cemerlang dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi.

'SEDIA BERKORBAN'

Address

KD SRI LIKAS Pangkalan TLDM Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88846

Telephone

088482000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD SRI LIKAS RMNVR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KD SRI LIKAS RMNVR:

Shortcuts

Share