24/11/2025
Tips cari Homestay di FB Tahun 2025.
1. Jangan cari Homestay daripada Page FB π
Page FB Homestay kebanyakan adalah scammer.
2. Apa lagi gambar dorang cantik2 macam gambar hotel.
3. Tiba2 banyak unit, sana sini unit dorang ada.
4. Lepastu korang wsp dorang, profile pic dorang adalah gambar cina yg pakai ala2 orang korporat atau apalah nama cina . Nampak cam trusted lah orang berjaya banyak homestay π
5. Tapi bila bab payment, tiba2 acc nama Melayu π . Tu jelas dan nyata akaun keldai.
6. Kalau korang dah kena scam, korang akan scroll dan cek akaun tu valid ka tidak. Korang akan cek segala review and komen , nampak macam real kan? Tapi sebenarnya tidak. Tu semua yg komen beri review pun adalah sekutu scam dorang.
7. Korang akan start gelabah, sebab dah bagi deposit RM150 dan ada yg dah bayar half.
8. Korang akan start whatsapp number tu semula dan tiba2 dah kena block, conversation semua kena delete
9. Terus korang akan cari lagi homestay trusted lain yg ACCOUNT PERSONAL utk mengadu korang kena scam, tapi harga homestay trusted lain adalah harga NORMAL, dan korang rasa mahal , dan korang masih berfikir 2-3x. Lepastu yg real trusted p**a kamu dah akan start was2. Tak mahu payment transfer dah. Nak payment bila check in sahaja.
10. Haa sebab tu kamu terjebak dgn scammer, sebab kamu s**a yg murah π€
11. Ehhh apa tips sebenarnya? Kata bagi tips π€π€π€£π€£
12. Tips sebenar adalah, carilah Homestay daripada acc Personal.
13. Kalau korang jumpa iklan daripada page FB, cuba wasap minta details personal dorang, acc fb / tiktok personal. Mesti ada kan utk makesure dorang adalah orang yg benarπ
14. Jangan cari harga homestay yg murah tak masuk akal.
15. Zaman keras ni, semua harga mahal sepatutnya. Takda yg bagi murah2. Tu bukan bisnes unless memang scam
16. Dah jumpa harga real homestay yg berpatutan, jangan p**a rasa mahal. Tu yg buat korang mudah di scam sebab nak sangat murah. Harga 3 bilik standard paling murah RM350. Harga Normal Rm400. Harga mahal peak season RM450-500. Itu normal. Kalau cari 3 bilik harga RM200-250. Minta maaf. Mungkin scammer ππ
Lalaa Hasrila