29/08/2026
ππ ππππ ππππ | πππππ | ππ.ππππ
ππππππππ ππππππππ πππππ πππ ππππππππππ πππππππππ ππππ-ππππ πππππ πππππ ππππ ππππππ πππππ/πππππ
Alhamdulillah, majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 2026M/1448H anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan.
Penceramah Jemputan:
Al-Fadil Ustaz Akhilmusyadad Bin Hilman
(Guru Agama Kerajaan Negeri Johor)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Al-Fadil Ustaz Akhilmusyadad Bin Hilman atas penyampaian ceramah yang penuh dengan ilmu, hikmah dan penghayatan sirah Rasulullah SAW.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Norliza Noh, ADUN Johor Lama, Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Kota Tinggi, para dif kehormat serta para tetamu yang dihormati.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang, para tetamu dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha, sumbangan dan kebaikan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.
π Maklumat lanjut:
π https://beacons.ai/pkayikotatinggi
π Sumbangan & Infaq boleh disalurkan ke:
Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun: 01069010000548
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM KOTA TINGGI
"Anak Yatim Islam Tanggungjawab Bersama"