Jasmine Homestay Langkawi - 0136025749

Jasmine Homestay Langkawi - 0136025749 Homestay yang selesa, dekat dengan kemudahan seperti dobi, kedai 24 jam, kedai makan dan bandar Kuah.. InsyaAllah guest akan rasa seperti di rumah sendiri..

Hubungi kami untuk tempahan sekarang

Tips ringkas aircond Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Betul tak?Bias...
23/02/2021

Tips ringkas aircond

Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Betul tak?

Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.

Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kita digalakkan untuk guna dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting kita pun tak mudah selesema

Cuaca panas sangat sekarang ni kan, harap info ni dapat membantu anda 😊

Semoga bermanfaat

SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)DIKEMASKINI: 18 FEBRUARI 2021Sumber : Telegram MKN
19/02/2021

SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
DIKEMASKINI: 18 FEBRUARI 2021

Sumber : Telegram MKN

Simpan sini untuk diri sendiri..Checklist Sebelum Masuk Bulan CukaiLHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih...
14/02/2021

Simpan sini untuk diri sendiri..

Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai

LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.

Contoh:
Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202
Potongan KWSP (11%) = RM4,202
Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)
Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund.
Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :

1. Borang EA / EC / CP58
Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.
Orang kerja swasta, sediakan borang EA.
Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.

Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2021. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2021.

Sila take note kalau korang makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.

2. No kad pengenalan ibu dan / atau ayah kandung/angkat
Err…Hafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM3,000.

β€œTapi mak ayah duduk kampung? β€œ

Rileks, korang masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.
Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.

Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.

3. Penyata Takaful / Insuran
Sila minta statement tahun 2020 dekat ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Dekat statement tu biasa ada tulis. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.

Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.

Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.

Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.

4. Resit Gaya Hidup
Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2020) ada beli dan bayar;
smartphone/komputer/laptop/tablet
buku/ subscription news online
bil langganan internet
Pembelian alat sukan / yuran gym
Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.
Ingat, tipu dosa.

5. Resit Alatan Penyusuan
Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah.

Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).

Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.
Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:
(i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
(ii) bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection
and storage equipment); serta
(iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).

6. Resit Pra-Sekolah
Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-skolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?
Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun ni (tahun 2021) masa isi borang untuk taksiran 2020 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.

Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Penyata SSPN-i
Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.
Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun.

(Jumlah simpanan dalam tahun 2020 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2020).
Contoh: Dalam tahun 2020,
Baki Bawa Hadapan: RM4,500;
Simpanan : RM2,000; dan
Pengeluaran : RM1,500.

Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500).
Untuk taksiran tahun 2020, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000.

LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.

8. Resit bayaran zakat
Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik.

Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.

9. Dokumen lain
Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).

Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.

Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.

Ingat, tipu dosa.

Bersamalah kita membangunkan negara yang tercinta.

(Kredit: Faizah Salleh via semakan online

16/01/2021
latest review3-6 Januari 2020Alhamdulillah
05/01/2021

latest review
3-6 Januari 2020
Alhamdulillah

30 Disember - 1 JanuariAlhamdulillah terima kasih atas sokongan anda
05/01/2021

30 Disember - 1 Januari
Alhamdulillah terima kasih atas sokongan anda

27-28 DisemberThank youu....πŸŒ…πŸŒ…πŸ˜πŸ˜
05/01/2021

27-28 Disember
Thank youu....πŸŒ…πŸŒ…πŸ˜πŸ˜

TQ Cik AthirahHope to see u again next timeπŸš—πŸŒ…πŸ˜ƒπŸ˜ƒ
05/01/2021

TQ Cik Athirah
Hope to see u again next time
πŸš—πŸŒ…πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Short trip sehari setengah ulang alik Gemas N9 - Wakaf Bharu Kelantan dgn sleeper train KTM Ekspres Rakyat Timuran (Sabt...
29/12/2020

Short trip sehari setengah ulang alik Gemas N9 - Wakaf Bharu Kelantan dgn sleeper train KTM Ekspres Rakyat Timuran (Sabtu 26/9/20 @ 12am - Ahad 27/9/20 )
Dikongsi oleh : Izza Al’Yahya
1.Drive dari Shah Alam ke stesen KTMB gemas ambil ms 2jam 30min. Sampai di strsen Gemas Jam 10.30mlm. Then jam 1205mlm, start perjalanan dgn KTM ERT dr stesen Gemas (meeting point menghubungkan WCRL-ECRL) ke stesen Tumpat (stesen terakhir Pantai Timur).
Sebab nak dekat sikit dengan bandar Kota Bharu, kami beli tiket turun di stesen Wakaf Bharu instead of Tumpat.
Perjalanan sehala ambil masa 11 jam 55 minit. Beli tiket train dari website/app KTM. Harga tiket untuk perjalanan sehala:
- Katil/berth (atas) RM40
- Katil/berth (bawah) RM46
β˜‘οΈReturn ticket katil/berth bawah: total rm92/person.
β˜‘οΈUnit katil ni tak bnyak, so kene beli tiket awal dlm 2mggu sebelum trip.
2. Kalau yg mnt photo hunting mcm kami, mmg berbaloi 12 jam naik train ni. Dlm train, boleh lepak baca buku ats katil, berborak2, bila lapar gi mkn kt cafe pekena maggi sup (signature food dlm train ni) mmg marvellous, pekena plk dgn teh o panas. Layan view dr tingkap tepi katil, tdr mlm mmg nyenyak wpun gegar2 jugak la. Tp syok sbb baru la rasa klasik die.
3.Sepanjang perjalanan akan melalui landmark2 yang best (kalau korang tak terlajak tidur la) Prjlanan mlm mmg tak nmpak apa. So pagi tu lps sarapan kt cafe, blh layan view2 ni,
-stesen kuala lipis (around 6pagi)
-stesen merapoh (around 7.30pg)
- Gua Musang (around 8 pagi)
- Stesen Dabong, hentian utk hikers mendaki ke gunung stong (around 9.40pg)
- Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi)
- train akn masuk beberapa terowong klasik (rujuk video)
Hati2 masa shoot gmbr or video dr pintu keretapi, sebab train laju & track mmg bergegar2, tak hp or kamera yg jatuh, kita sndri boleh jatuh klau careless.
4. Matlamat utama trip ni nk dpt experience & enjoy journey dlm sleeper train ni, so kami cuma singgah KB dlm 5 jam je sebelum meneruskan perjalanan balik ke Gemas semula.
5.Sewa kereta Axia utk 6 jam total rm60 ( num booking kereta sewa 016-750 8833), 10 minit je drive dr stesen Wakaf Bharu ke KB.
.
6.Walaupun 5jam je, sempat jugak la pergi tmpt2 signature area KB ni wpun rushing, sbb traffic kat KB pun pndai jemmm mcm kL jgk.
-sampai stesen Wakaf Bharu sabtu 12.30pm , pick up kereta sewa then terus ke Kopitiam Kita utk lunch. Pekena signature food dia roti titab & teh ais.
-pasar Siti Khadijah- tak beli apa punπŸ˜…
-kedai kopi Din Tok Yo
-street art Kota Bharu
-Nasi ulam cikgu ( dtg mkn jam 4.30ptg, mkanan pun tak bnyk dah, nasib dh knyg mkn roti titab)
-kampung Kraftangan ( lalu entrance je πŸ˜…)
Sebab kami bkn jns big eater, 5 jam kt sna nk mkn mcm2 mmg boleh muntahπŸ˜…. kami prefer photo hunting instead of food hunting.
6.Jam 6ptg kami return kereta sewa then bersiap utk tggu train blk ke Gemas semula. Sm jugak 11 jam 55minit perjalanan. Train blk lmbt sejam sbb kepala lokomotif merajuk j*p.
7.Dijangka sampai stesen Gemas esok ahad jam 8 pagi. Mlm ni lepas mkn kt cafe, naik atas katil & tidurr.
πŸ“Έ

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Kempen adalah satu inisiatif Kaki Travel untuk menyokong pelancongan di dalam Malaysia.
Boleh PM tepi jika
βœ”οΈAnda nak kongsikan gambar, itinerari atau pengalaman Travel Dalam Negara
βœ”οΈ Atau anda entiti bisnes berkaitan pelancongan yang memerlukan bantuan untuk mempromosikan bisnes anda di platform kami
Sama-sama kita bantu bina semula industri pelancongan Malaysia!

16/09/2020

Address

Taman Rajawali, Langkawi
Kuah
07000

Telephone

+60 13-602 5749

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jasmine Homestay Langkawi - 0136025749 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category