11/04/2024
Salam,
Sekiranya anda dan keluarga anda datang ke Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk bercuti, anda boleh menetap di Homestaybeluru.
Homestaybeluru terletak kira kira 8 kilometer dari Bandar DiRaja Kuala Kangsar.
Apa yang menariknya di homestaybeluru ialah ianya terletak di kawasan kampung dan berdekatan dengan sawah padi. Bagi mereka yang mendambakan suasana kampung yang berdekatan dengan sawah padi dan pokok pokok yang menghijau, anda boleh memilih homestaybeluru.
Disini kami mempunyai 2 unit rumah homestay iaitu:
1. Rumah Syed Harun
1. Rumah Kayu yang telah dibina pada tahun 1920an yang masih utuh dan berseni.
2. Memiliki ruang berenda yang dilengkapi kipas siling dan sofa sesuai untuk bersantai dan menghirup angin malam dan pagi.
3. Ruang tengah rumah yang luas dilengkapi dengan sofa , TV dan kipas siling.
4. Ruang dapur yang moden dilengkapi dengan sinki, dapur gas dan pekakas memasak.
5. Peti ais.
6. Dua buah bilik tidur yang dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan Almari baju.
7. Sebuah bilik air yang telah diubah suai dengan konsep yang moden dan menarik.
8. Penghawa dingin di ruang tamu.
Harga Sewa: RM350 sehari.
2. Rumah Siti A’ishah
1. Rumah kayu yang telah dibina pada tahun 1910an yang masih utuh dan telah diubahsuai dengan plaster siling.
2. Dua buah bilik tidur yang dilengkapi dengan katil bujang dan Almari.
3. Ruang tamu bersaiz sederhana dilengkapi dengan sofa, Tv dan kipas siling.
4. Ruang dapur moden yang dilengkapi dengan sinki air,dapur gas dan pekakas memasak.
5. Peti Ais.
6. Sebuah bilik air yang telah diubah suai dengan konsep yang moden dan menarik.
7. Penghawa dingin di ruang tamu.
Harga sewa: RM250 sehari.
Lokasi:
Terletak di Kampung Beluru , kira kira 8 km dari Bandar Kuala Kangsar dan 2 km dari Sek Men Kebangsaan Simpang Beluru. Jika Sekolah Menengah Simpang Beluru(disebelah kiri anda), selepas itu anda akan jumpa lampu Isyarat, dan sila masuk simpang kiri ( Kampung Beluru). Dari simpang ini ke homestaybeluru ialah 2km.
Sila hubungi 0126074296 untuk tempahan