Homestay Labu Kubong

Homestay Labu Kubong Homestay Labu Kubong terletak di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Kaya dengan tradisi dan budaya. Datang

Assalamuaikum semua.Untuk orang utara jemput mai booth B35 di Kompleks JPS, Pengkalan Asam, Negeri Perlis sempena Bulan ...
05/07/2024

Assalamuaikum semua.
Untuk orang utara jemput mai booth B35 di Kompleks JPS, Pengkalan Asam, Negeri Perlis sempena Bulan Koperasi Kebangsaan.
Di sana kami bawakan pelbagai produk, ada kerepek pisang, madu kelulut dan ikan pekasam. Sesiapa yang mencari labu air/labu sayong, periuk tanah dan tabung dari tanah liat pun ada. Jemput mai semua, 5 hingga 7 Julai 2024. Harga promosi sempena musim durian.

Alhamdulillah pada pagi tadi kami menerima kunjungan pelancong dari Program Semester at Sea seramai 15 orang. Tetamu ber...
13/01/2024

Alhamdulillah pada pagi tadi kami menerima kunjungan pelancong dari Program Semester at Sea seramai 15 orang. Tetamu berkesempatan untuk melakukan lawatan sekitar kampung bagi mengalami sendiri suasana kehidupan di kampung. Mereka sangat teruja berpeluang mencuba pelbagai aktiviti menarik dan turut berkesempatan bermain bola bersama anak-anak kampung.

Alhamdulillah .. Lembaran baru bagi tahun 2024, minggu pertama Januari 2024 kami agak sibuk dan dipenuhi dengan pelbagai...
06/01/2024

Alhamdulillah .. Lembaran baru bagi tahun 2024, minggu pertama Januari 2024 kami agak sibuk dan dipenuhi dengan pelbagai urusan.

01/01/2024 : Pejabat urusan mula berpindah ke lokasi baru yang lebih dekat dengan pusat aktiviti agar memudahkan lagi perjalanan program-program yang akan datang.

04/01/2024 : menerima kunjungan crew pengambaran dari Modashi bagi sesi rakam video Aspirasi Koperasi. Terima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia kerana memilih kami sebagai salah satu koperasi bagi program ini. Turut bersama dalam sesi ini adalah En. Firdaus selaku Penolong Pengarah SKM Wilayah Kuala Kangsar yang banyak memberi bimbingan serta dorongan kepada koperasi kami.

03/01/2024-06/01/2024 : menerima kunjungan dua tetamu dari Kerala, India. Jesvin & George berpeluang menyelami sendiri kehidupan di Kampung Labu Kubong, berkesempatan juga untuk berkayak di Lenggong, ke bengkel labu sayong, mengunjungi Kampung Warisan Budaya di Karai serta ke pasar malam bagi membeli dan menikmati juadah yang menarik di Kuala Kangsar.

Salam Maal Hijrah | 1 Muharram 1445HHijrah itu pengorbananHijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraanHijrah membentuk p...
19/07/2023

Salam Maal Hijrah | 1 Muharram 1445H

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Semoga kehadiran tahun baru hijrah ini akan memberikan lebih peluang dan ruang untuk kita beribadat dan menjalankan kerja-kerja mencari keredhaan Allah S.W.T. 🤲🏻

Ikhlas dari warga Homestay Labu Kubong

Address

LUBUK MERBAU
Kuala Kangsar
33010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Labu Kubong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Homestay Labu Kubong:

Share

Homestay & Kampungstay Labu Kubong

Homestay Labu Kubong is situated in Kuala Kangsar, Perak. Easily access by road (North-South Highway) or by train (KTM). Public transport by bus will stop at Kuala Kangsar town and pickup can be arranged by Homestay Labu Kubong.

Homestay Labu Kubong offers a very unique experience for guests staying here. Most activities are local village activities which are not a daily experience for most people, especially city dwellers. Surrounded by hills, waterfalls, rivers, paddy field and fruit orchard, Homestay Labu Kubong provide out of ordinary experience.